Monday, July 9, 2012

SIAPAKAH TOKOH INI: TUN PASAK JALAK

berikut adalah petikan dari analisis seorang pengkaji, saudara Megat Iskandar At Terawis yang mengkaji tentang manuscript 'salasilah raja-raja perak'. "Upon capturing Sultan Mansur, Tun Saban’s proxy was made Ruler / Regent of the state. This tallies with the Tun Saban chronicles saying that one Tun Pasak Jalak became Raja Sehari (Ruler for One Day) after the capture of Sultan Mansur. According to Syed Jamalullail of Perak’s genealogist, one Syed Hassan (a descendant of Syed Hussain Al-Faradz) became temporary ruler of Perak during the absence of the Sultan after the Acheh invasion." persoalannya ialah, apakah yang kita tahu mengenai latar belakang Tun Pasak Jalak ini yang beliau kaitkan dengan Tuan Sayed Hassan Raja Sahari? sumber: http://orangduabelas.wordpress.com/2012/02/26/university-of-malaya-salasilah-raja-raja-perak-ms-3-pnm/

Thursday, July 5, 2012

PENERANGAN TENTANG JAMALULLAIL PERAK OLEH PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA

Salam Pada hari Ahad ini bersamaan 08 Julai 2012, pada jam 1100 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Masjid Chegar Galah, Kuala Kangsa, Perak, satu taklimat tentang nasab Sayyid di Perak akan dibentangkan oleh Pak Engku (dari Persatuan Sejarah Malaysia). YDP menjemput semua yang berkelapangan untuk hadir. SHALAWAT!

Wednesday, December 14, 2011

Karnival AL-Amin 2011 fyers




















Semua Atur cara seperti tertera di flyers

Monday, October 24, 2011

MAJLIS HARI RAYA KORBAN JAMALULAIL PERAK

SATU MAJLIS HARI RAYA KORBAN AKAN DIADAKAN PADA 7/11/2011
BERTEMPAT DI MASJID TOK BAYAS SUNGAI SIPUT.

INFO SETERUSNYA AKAN MENYUSUL

Thursday, November 4, 2010

Ajaran sesat Ayah Pin mesti disekat hingga ke akar umbi

BERITA HARIAN
Ajaran sesat Ayah Pin mesti disekat hingga ke akar umbi

2010/10/08


LAPORAN dalam akhbar ini semalam menceritakan secara terperinci mengenai kehadiran Ayah Pin memberikan ceramah di Besut, Terengganu.

Tanpa segan silu dan berselindung, beliau dalam ceramah kepada pengikutnya menyatakan bahawa beliau baru saja turun dari langit ketujuh selepas bermesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis. Ajaran sesat ini amat jelas dan tidak boleh berkompromi lagi kerana akibatnya boleh mendatangkan ketidakselesaan umat Islam di negara ini. Kita tidak mahu ajaran syirik kepada Allah SWT ini berkembang bebas tanpa sebarang tindakan sewajarnya. Selepas bertahun-tahun manusia bernama Ayah Pin ini hilang entah ke mana dan tiba-tiba muncul serta mencabar pula pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam bahawa beliau tidak sesat dan tidak melanggar undang-undang negara apabila mendakwa dirinya itu ‘wali’ yang sudah beberapa kali naik ke langit ketujuh.

Apa yang menghairankan mengapa pembawa ajaran sesat ini masih bebas dan seolah-olah tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Sebagai umat Islam kita semua bertanggungjawab untuk membanteras ajaran sesat di negara ini kerana semestinya kita tidak mahu didakwa di akhirat kelak.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL, YDP Persatuan Jamalullail Perak.

PERAK PERLUKAN MASJID NEGERI YANG BARU

--------------------------------------------------------------------------------

BERITA HARIANPerak perlu masjid negeri baru
2010/11/03

SAYA berpendapatPerak Darul Ridzuan memerlukan masjid negeri baru kerana masjid sedia ada di Ipoh sudah tidak dapat menampung jemaah apabila solat Jumaat dan pada Aidilfitri atau Aidiladha.

Berbanding masjid negeri lain ia seperti masjid jamek atau masjid daerah kerana di negeri lain, masjid negerinya lebih indah, besar dan moden.

Sudah sampai masanya Perak mempunyai masjid negeri yang baru kerana masjid sekarang kelihatan tidak lagi menarik disebabkan pertama, ia tidak boleh menampung jemaah yang ramai dan penjagaan masjid itu sendiri tidak terurus dengan baik.

Dalam pada itu diharap pada masa akan datang reka ruang solat di masjid dibina tidak terlalu tinggi kedudukannya. Di sesetengah tempat ruang solatnya ditingkat atas yang memerlukan jemaah menaiki tangga dan ini tentu menyukarkan jemaah yang uzur, warga emas dan kanak-kanak.

Disyorkan juga masjid dilengkapi pusat sumber bagi membolehkan jemaah mentelaah kitab agama atau membaca berita yang ada hubung kait dengan dunia islam.

Jemaah dapat meluaskan pengetahuan mengenai Islam di samping memenuhi masa dengan membaca ketika menunggu azan solat berjemaah.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL,
YDP Persatuan Jamalullail Perak.

IBADAH KORBAN 2010


salam semua,

untuk makluman, kami sedang mengumpul nama untuk aktiviti korban. kepada yang berminat untuk bersama beribadah, mohon berikan nama kepada Putra Jamalullail 012 607 4695, perhatian dan sokongan semua amat kami hargai.

1. satu bahagian lembu RM 380 termasuk upah proses
2. seekor kambing RM 680 termasuk upah proses

jazakallah kheir