Friday, October 9, 2009

JAMUAN AIDILFITRI 2009 DIDALAM AKHBAR KOSMO 9 OKTOBER 2009


Raja Di Hilir Perak, YAM Raja Jaafar Raja Muda Musa(kanan) Beramah mesra dengan sebahagian hadirin dan waris Jamalullail Perak di Majlis Hari Raya anjuran Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia di perkarangan Masjid Attaqwa Sungai Siput Perak.

Monday, October 5, 2009

Majlis perkahwinan Ridzuan Ben Yahya dan Sofia Ben Yahya di Kg. Jerang Negeri Sembilan


Foto kenangan manis perkahwinan Ridzuan dan Sofia Ben Yahya. Moyang kepada Syed Ridzuan adalah dari keluarga Jamalullail Perak yang merantau ke Negeri Sembilan. Kini cuma terdapat satu keluarga sahaja Jamalullail Perak di Kg Jerang Negeri Sembilan. Kami dari Keluarga Jamalullail Perak Malaysia mengucapkan selamat pengatin baru dan semoga berbahagia ke anak cucu. Amen.

Monday, September 14, 2009

PROGRAM MAJLIS TAHLIL DAN HARI RAYA

Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia akan menganjurkan:

Majlis Tahlil Almarhum Syed Jalaluddin (Tok Tambak)
Tempat : Masjid Tok Bayas, Sungai Siput.
Masa : 8.00 malam (Selepas Maghrib)
Tarikh : 25hb September 2009

Majlis Hari Raya IdulFitri 1430h
Tempat : Masjid Tok Bayas, Sungai Siput.
Masa : 2.00 petang (Selepas Zohor)
Tarikh : 25hb September 2009

Semua ahli keluarga adalah dijemput hadir.

Saturday, August 15, 2009

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AJK PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK MALAYSIA OGOS TAHUN 2009

Merujuk kepada perkara diatas:
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia dengan merendah diri menjemput Tuan/Puan/Cik untuk menghadirkan diri dalam Mesyuarat AJK persatuan yang akan diadakan seperti berikut:

Objektif mesyuarat:
Membincangkan hal-hal pengurusan dan perancangan persatuan.

Tarikh: 16 Ogos 2009 Masa: 9.30 Pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat Masjid UKM, Bangi, Selangor

Tel: 016-244 3539 (Tuan Syed Abdullah Jamalullail, 012-5755287 (Tuan Syed Hishamuddin Jamalullail), 019-3373743 (Tuan Syed Abu Hassan Jamalullail)

Ahli: para sadah yang bernasabkan Yang Mulia Syed Hussein Ibni Sharif Maulana Jamalullail a.k.a. Jamalullail Perak

Agenda:
1.UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
2.MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3.PULIH MAKAM (PERKEMBANGANNYA)
4.SALASILAH (PERKEMBANGANNYA)
5.PERSEDIAAN/AGIHAN KERJA RUMAH TERBUKA HARI RAYA
(WAKIL J/K KECIL TOKBAYAS)
6.LAPURAN BIRO
7.HAL-HAL LAIN

Sehubungan dengan ini, Tuan/Puan/Cik dijemput hadir bersama bagi menjayakan mesyuarat ini. Kerjasama dari pihak Tuan/Puan/Cik adalah amat dihargai.

Sekian.

Yang benar

Iskandar Zulkarnain Jamalullail
Setiausaha

Thursday, August 6, 2009

Majlis Maulid di Masjid Al Bukhary

Tarikh : 6.08.2009 (Malam Ini)
Waktu : Lepas maghrib
Tempat: Masjid Al Bukhary, Jalan hang Tuah KL

Semua di jemput hadir
(http://pondokhabib.wordpress.com)