Thursday, January 21, 2010

MAKLUM BALAS DARI DR. ASRI KEPADA PERMOHONON PENJELASAN

Respon kepada permintaan penjelasan secara terbuka oleh Mohd Asri Zainul Abidin pada 13hb Januari pukul 12.07 pagi Lapor

"wslm, dapat ceramah tersebut di utube dan nilai.."

Friday, January 1, 2010

LAGI SUSULAN PERMOHONAN MAAF DR ASRI




RENTETAN PERMOHONAN MAAF DR. ASRI


salam semua,


berikut adalah rentetan peristiwa permohonan penjelasan terbuka daripada Dr. Asri.


Monday, December 14, 2009

MOHON DOAKAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN SYED OTHMAN JAMALULLAIL

Salam semua, mohon semua jemaah Jamalullail Perak mendoakan keselamatan dan kesihatan Yang mulia Habeb Othman bin Li Jamalullail yang menjalani pemeriksaan dan prosedur rawatan jantung di IJN Kuala Lumpur. Habeb adalah salah seorang AJK pusat Persatuan Jamalullail Perak dan juga Pengerusi AJK kecil di Perak. Sokongan dan pengorbanan beliau terhadap jatuh bangunnya Persatuan tiada ternilai oleh wang ringgit. Pihak Persatuan mendoakan dan mengharapkan agar habeb Othman segera sembuh dan dan menjalani aktiviti harian seperti biasa. Amin.

untuk melawat beliau di IJN sila hubungi 012 5364403

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA KORBAN DARI PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK MALAYSIA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN KHASNYA UNTUK JEMAAH JAMALULLAIL PERAK

salama aidil adha untuk semua dan semoga menghayati hikmah disebalik ibadat korban di samping mengimbas kembali peristiwa diantara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail agar pengajaran darinya dapat menjadikan kita sebagai umat yang lebih baik dalam menghayati Islam.

Terima kasih dan mohon ampun dari semua.

dari : para AJK Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia

Tuesday, November 24, 2009

GAMBAR TERKINI MAKAM TOK TAMBAK PULAU PISANG




Makam Allahyarham YM AsSyyid AsSharif Jalalludin ibni AsSayyid AsSharif Abdul Majid atau lebih dikenali Tok Tambak Pulau Pisang di Bota Perak. Pemuliharaan makam adalah hasil kerjasama para waris, orang kampung dan Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia. syukran kepada semua. gambar ihsan Tuan Syed Ahmad Firdaus bin Syed Ariffin (gambar disisi makam adalah waled Habeb Firdaus-Tuan Syed Ariffin bin Syed Ismail)

Monday, November 23, 2009

MOHON PENJELASAN DARI DR. ASRI - BEKAS MUFTI PERLIS




Dr Asri diminta jawab ceramah didakwa fitnah
SINAR HARIAN 17 NOV 2009

SEREMBAN 17 Nov 2009– “Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin perlu
memberi penjelasan mengenai maksud di sebalik ucapan dalam salah satu
ceramahnya yang dianggap fitnah,” kata Yang Dipertua Persatuan Keluarga
Jamalullail Perak Malaysia, Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail.

“Dr Asri perlu tampil memberi penjelasan kepada umum berkenaan
ucapan beliau apabila menyentuh mengenai golongan Alawiyyin ketika
mengadakan ceramah di Masjid Alwi, Kangar pada 26 Februari, dua tahun
lalu.

“Pihak persatuan beranggapan apa yang diperkatakan Dr Asri telah
menimbulkan satu penghinaan dan fitnah tanpa disedari apabila
memperkatakan fakta yang salah,” katanya ketika ditemui.

Syed Abdullah mendakwa, kenyataan menerusi ucapan dibuat Dr Asri adalah tidak benar.

“Dr Asri tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan fitnah dan
penghinaan sebegitu rupa kerana ia sedikit sebanyak membangkitkan
kemarahan umum terutama mereka yang berketurunan Syed.

Sehubungan itu, katanya, persatuan berharap Dr Asri memberi
penjelasan sebenar mengenai motif sebenar beliau berkata demikian
supaya mampu menyelesaikan segala kekusutan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sebuah laman blog tempatan
yang memaparkan ucapan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
yang berunsur penghinaan serta fitnah kepada golongan Alawiyyin dalam
satu ceramah di Masjid Alwi, Kangar pada 26 Februari 2007.