Monday, October 24, 2011

MAJLIS HARI RAYA KORBAN JAMALULAIL PERAK

SATU MAJLIS HARI RAYA KORBAN AKAN DIADAKAN PADA 7/11/2011
BERTEMPAT DI MASJID TOK BAYAS SUNGAI SIPUT.

INFO SETERUSNYA AKAN MENYUSUL

Thursday, November 4, 2010

Ajaran sesat Ayah Pin mesti disekat hingga ke akar umbi

BERITA HARIAN
Ajaran sesat Ayah Pin mesti disekat hingga ke akar umbi

2010/10/08


LAPORAN dalam akhbar ini semalam menceritakan secara terperinci mengenai kehadiran Ayah Pin memberikan ceramah di Besut, Terengganu.

Tanpa segan silu dan berselindung, beliau dalam ceramah kepada pengikutnya menyatakan bahawa beliau baru saja turun dari langit ketujuh selepas bermesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis. Ajaran sesat ini amat jelas dan tidak boleh berkompromi lagi kerana akibatnya boleh mendatangkan ketidakselesaan umat Islam di negara ini. Kita tidak mahu ajaran syirik kepada Allah SWT ini berkembang bebas tanpa sebarang tindakan sewajarnya. Selepas bertahun-tahun manusia bernama Ayah Pin ini hilang entah ke mana dan tiba-tiba muncul serta mencabar pula pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam bahawa beliau tidak sesat dan tidak melanggar undang-undang negara apabila mendakwa dirinya itu ‘wali’ yang sudah beberapa kali naik ke langit ketujuh.

Apa yang menghairankan mengapa pembawa ajaran sesat ini masih bebas dan seolah-olah tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Sebagai umat Islam kita semua bertanggungjawab untuk membanteras ajaran sesat di negara ini kerana semestinya kita tidak mahu didakwa di akhirat kelak.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL, YDP Persatuan Jamalullail Perak.

PERAK PERLUKAN MASJID NEGERI YANG BARU

--------------------------------------------------------------------------------

BERITA HARIANPerak perlu masjid negeri baru
2010/11/03

SAYA berpendapatPerak Darul Ridzuan memerlukan masjid negeri baru kerana masjid sedia ada di Ipoh sudah tidak dapat menampung jemaah apabila solat Jumaat dan pada Aidilfitri atau Aidiladha.

Berbanding masjid negeri lain ia seperti masjid jamek atau masjid daerah kerana di negeri lain, masjid negerinya lebih indah, besar dan moden.

Sudah sampai masanya Perak mempunyai masjid negeri yang baru kerana masjid sekarang kelihatan tidak lagi menarik disebabkan pertama, ia tidak boleh menampung jemaah yang ramai dan penjagaan masjid itu sendiri tidak terurus dengan baik.

Dalam pada itu diharap pada masa akan datang reka ruang solat di masjid dibina tidak terlalu tinggi kedudukannya. Di sesetengah tempat ruang solatnya ditingkat atas yang memerlukan jemaah menaiki tangga dan ini tentu menyukarkan jemaah yang uzur, warga emas dan kanak-kanak.

Disyorkan juga masjid dilengkapi pusat sumber bagi membolehkan jemaah mentelaah kitab agama atau membaca berita yang ada hubung kait dengan dunia islam.

Jemaah dapat meluaskan pengetahuan mengenai Islam di samping memenuhi masa dengan membaca ketika menunggu azan solat berjemaah.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL,
YDP Persatuan Jamalullail Perak.

IBADAH KORBAN 2010


salam semua,

untuk makluman, kami sedang mengumpul nama untuk aktiviti korban. kepada yang berminat untuk bersama beribadah, mohon berikan nama kepada Putra Jamalullail 012 607 4695, perhatian dan sokongan semua amat kami hargai.

1. satu bahagian lembu RM 380 termasuk upah proses
2. seekor kambing RM 680 termasuk upah proses

jazakallah kheir

Wednesday, September 29, 2010

LAWATAN KE MAKAM TOK TAMBAK PULAU PISANG PADA 19 SEPTEMBER 2010





kelihatan didalam gambar adalah papan kenyataan mengenai sejarah ringkas Allayarham tok tambak pulau pisang dan kelihatan disamping makam ialah YDP persatuan. hasil pemerhatian, dikesan terdapat rekahan serius ditangga makam yang berkemungkinan asas binaan yang tidak kukuh oleh kerana binaan terebut sudah lama. perhatian sewajarnya perlu di ambil untuk menangani perkara ini. sebarang cadangan dan sumbangan adalah dialu-alukan oleh pihak persatuan.

MAKAM ALLAHYARHAM AL HABEB SYED HUSSEIN AL FARADZ JAMALULLAIL SEBAGAIMANA DI DALAM REKOD BAHAGIAN SEJARAH MUZIUM NEGARA





kelihatan Timbalan YDP Persatuan, Tn. Syed Abu Hassan Jamalullail disamping papan tanda menunjuk arah makam. dirakam juga gambar makam dari dekat dan juga nisan dari batu sungai. harap maaf kerana gambar berkualiti rendah kerana jurugambar rasmi persatuan tidak turut serta dalam lawatan kali ini(Tn. Syed Ahmad Firdaus Jamalullail). sebagaimana didalam rekod kajian pihak Muzium Negara, dipercayai makam Al Habeb Assayid Hussein Al Faradz Jamalullail makamnya lokasinya di Kota Baru, Gopeng Perak.

Tuesday, September 28, 2010

UCAPAN TAKZIAH DARI ASYRAAF MALAYSIA



Salam Takziah dari Persatuan Syed/Sharifah Seluruh Malaysia yang menjadi payung kepada semua persatuan Syed dan Syarifah di negara Malaysia diatas pemergian YM Tuan Syed Ariffin bin Syed Ahmad(Habeb Muda)dan diatas kehilangan besar Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia. Terima kasih kami ucapkan atas ingatan pihak Asyraaf, mohon doakan kesejahteraan roh Allahyarham. amin.

"salam takziah dari warga asyraaf malaysia..."

daripada wakil Asyraaf Malaysia:
Tn. Syed Saiful bin Abdul Aziz Jamalullail
Setiausaha Pusat
Asyraaf Malaysia
Perlis