Tuesday, October 13, 2009

JAWAPAN JPN TERHADAP PENGGUNAAN NAMA MEOR

JPN TAK BENAR GUNA NAMA MEOREditor iKDN | 1 Julai 09 10:27pm


Akhbar Harian Metro pada Isnin, 29/06/2009, telah menyiarkan sepucuk surat dari pembacanya bertajuk “ JPN TAK BENAR GUNA NAMA MEOR”. Berikut ialah penjelasan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

------------------------------------------------------------------------------------

Ketua Pengarang,
Harian Metro


Tuan/Puan,

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO BERTAJUK ‘JPN TAK BENAR GUNA NAMA MEOR’ BERTARIKH 29/06/2009, ISNIN – M/S: 14A (E-MEL ANDA)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada aduan akhbar oleh Tuan Syed Abdullah bin Syed Osman, Yang Dipertua Persatuan keluarga Jamalulail Perak berkenaan perkara diatas.

2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin mengucapkan terima kasih di atas persoalan yang dikemukakan oleh beliau berkenaan penggunaan nama ‘Meor’ bagi seseorang berketurunan ‘Sharifah’ yang berkahwin dengan orang yang bukan berketurunan ‘Syed’. JPN ingin memaklumkan bahawa prosedur penamaan kanak-kanak semasa pendaftaran kelahiran tidak menggariskan gelaran ‘Meor’ sebagai gelaran keturunan. Oleh yang demikian penggunaan gelaran ‘Meor’ adalah dibenarkan dan boleh digunapakai mengikut mana-mana yang berkaitan.

3. Walaubagaimanapun JPN ingin menegaskan bahawa gelaran ‘Syed’ dan ‘Sharifah’ telah digariskan sebagai gelaran keturunan dan hanya dibenarkan sekiranya ibu atau bapa mewarisi gelaran keturunan tersebut dan mempunyai ikatan pernikahan atau perkahwinan yang sah.

4. Sehubungan dengan itu, sekiranya salah seorang ibu atau bapa mempunyai gelaran ‘Syed’ atau ‘Sharifah’ maka nama kanak-kanak dibenarkan didaftarkan sebagai keturunan ‘Syed’ bagi anak lelaki dan ‘Sharifah’ bagi anak perempuan.


Sekian, terima kasih.


Jainisah Binti Mohd Noor
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Pendaftaran Negara

UTUSAN MALAYSIA: INSTITUSI RAJA DAN RAKYAT

ARKIB : 05/10/2009

Rakyat Perak tetap sayangkan institusi beraja

MENJUNJUNG kasih di atas perkenan DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa mencemar duli berangkat ke majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Keluarga Jamalullail 'Perak' Malaysia di Masjid Tok Bayas, Lasah, Sungai Siput (U) pada 26 September lalu.

Persatuan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak jabatan kerajaan seperti JKR, SUK, Pejabat Daerah dan Pejabat Sultan yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan majlis hari raya ini. Begitu juga wakil-wakil rakyat negeri Perak, pembesar negeri serta pegawai kerajaan yang turut merayakannya.

Hampir seribu orang ahli dan orang ramai, terutama sekali penduduk kampung, begitu gembira apabila dapat bermesra dengan DYAM Raja DiHilir Perak dan baginda juga tidak keberatan mengambil gambar bersama-sama penduduk tempatan di situ.

Apa yang saya ingin ungkapkan bahawa rakyat negeri Perak masih sayangkan institusi beraja dan taat setia dan mencurahkan rasa cinta kepada Raja mereka tidak dapat dibendung lagi.

Adalah menjadi tradisi turun-temurun bahawa bangsa Melayu ini sentiasa berada di belakang Raja pada bila-bila masa dan sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan raja mereka kerana itu adalah sumpah datuk nenek kita dahulu.

Menderhaka kepada raja bermakna kita telah termakan sumpah dan telah mencemarkan nama baik keturunan kita.

Menjadi harapan rakyat negeri Perak agar pada masa akan datang keluarga diraja negeri Perak Darul Ridzuan dan juga pembesar istana yang lain sudilah berangkat ke kampung beramah mesra dengan rakyat jelata kerana mereka ingin melihat wajah raja mereka dari dekat sambil dapat mengenali raja mereka.

Sebagaimana titah DYAM Raja DiHilir Perak pada majlis Hari Raya Aidilfitri itu di mana baginda terharu dengan sambutan yang diberikan dan mahukan persatuan lain menjejak langkah sebagaimana yang diusahakan oleh Persatuan Keluarga Jamalullail 'Perak' Malaysia menjemput pihak istana ke majlis mereka dan dengan cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara rakyat dan raja mereka.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLLAIL

Yang Dipertua

Persatuan Keluarga Jamalullail Perak

Friday, October 9, 2009

JAMUAN AIDILFITRI 2009 DIDALAM AKHBAR KOSMO 9 OKTOBER 2009


Raja Di Hilir Perak, YAM Raja Jaafar Raja Muda Musa(kanan) Beramah mesra dengan sebahagian hadirin dan waris Jamalullail Perak di Majlis Hari Raya anjuran Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia di perkarangan Masjid Attaqwa Sungai Siput Perak.

Monday, October 5, 2009

Majlis perkahwinan Ridzuan Ben Yahya dan Sofia Ben Yahya di Kg. Jerang Negeri Sembilan


Foto kenangan manis perkahwinan Ridzuan dan Sofia Ben Yahya. Moyang kepada Syed Ridzuan adalah dari keluarga Jamalullail Perak yang merantau ke Negeri Sembilan. Kini cuma terdapat satu keluarga sahaja Jamalullail Perak di Kg Jerang Negeri Sembilan. Kami dari Keluarga Jamalullail Perak Malaysia mengucapkan selamat pengatin baru dan semoga berbahagia ke anak cucu. Amen.