Friday, April 3, 2009

pengenalan mengenai AL-JAMALULAIL

Al-Jamalullail Al-Husseini


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Yang pertama kali mendapat julukan (gelar) "Jamalullail" adalah Waliyyullah Al-Imam Al-Fadlil Muhammad bin Hasan AlMu'allim bin Muhammad Asadillah bin Hasan Atturabi.

Soal gelaran yang disandangnya, kerana Beliau selalu beribadah semalam suntuk hingga waktu fajar. Malam harinya diperindah dengan ibadah shalat tahajjud dan sholat-sholat sunnah lainnya, serta pengajian ayat-ayat suci Al-Qur'Anul Karim, selawat-selawat Rasulullah saw dan membaca doa-doa lainnya, hal ini dilakukan sepanjang hayatnya. Kerana itu Beliau digelari "Jamalullail" yang bererti Beliau adalah orang yang selalu memperindah malam hari dengan banyak melakukan ibadah.

(Tela'ah Al-Mu'Jamul Lathif halaman 72-73)

Waliyyullah Muhammad Jamalullail dilahirkan di kota Tarim. Dikurniai 2 orang anak lelaki masing-masing adalah:

  1. Abdullah bin Muhammad Jamalullail, yang dari kedua cucunya masing-masing Abdullah bin Ahmad dan Muhammad bin Ahmad menurunkan "Al-Jamalullail" yang kebanyakkan berada di Hadralmaut, di Makkah Al-Mukarramah dan di India, dan sebahagian kecil berada di Aceh dan Pulau Jawa.
  2. Ali bin Muhammad Jamalullail, dari anak cucunya menurunkan Keturunan leluhur Al-Qadriy, Al-Assry, Al-Baharun, Al-Junaid.

Waliyyullah Muhammad Jamalullail pulang ke Rahmatullah di kota Tarim pada tahun 845 Hijrah. Semoga Allah swt memasukkan Beliau-Beliau ke dalam Syurga dan menghimpunkan bersama-sama para Nabi, para Syuhada, para Auliya dan para Sholihin. Amin!...


sumber diambil dari asyraaf.net

3 comments:

  1. Assalammualaikum saudara Maknun

    Saya mohon jasa baik saudara Maknun untuk memberikan nombor telefon Y.A. Bhg. Tun Hj. Syed Zahiruddin b. Syed Hassan al-Idrus(Bendahara Seri Maharaja Perak) yang juga merupakan penaung kepada Persatuan Jamalullail Perak.

    Untuk pengetahuan saudara Maknun, Tun Syed Zahiruddin itu mempunyai hubungan nasab dengan keluarga saya. Justeru, saya mohon saudara Maknun agar membantu saya dengan memberikan nombor telefon atau cara untuk saya menghubungi beliau dengan kadar segera.

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam

    YM Raja Adley Paris Ishkandar Shah bin Raja Baharudin (Tengku - Ahli Forum Komuniti Asyraaf)
    019-5611794
    ibn.baharudin@gmail.com

    ReplyDelete
  2. salam YM tengku

    nombor hubungan beliau boleh didapati dari website kerajaan negeri perak. mohon YM rujuk disana kerana selama ini kami berhubung dengan beliau melalui nombor tersebut.

    syukran

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan YDP.

    Merujuk kepada kenyatan YDP di dalam FORUM SABTU (UTUSAN MALAYSIA) bertarikh 12 Februari 2011.

    Tuan YDP,

    Adalah amat dikesali kenyataan tuan YDP berkaitan Maulidur rasul di dalam ruangan forum berkenaan.

    Seperti yang jelas diketahui umum bahawa nabi saw tidak pernah memerintahkan umatnya untuk menyambut hari kelahirannya. Tetapi dalam sejarah islam, manusia yang menyambut dan membuat majlis untuk menyambut kelahiran nabi saw adalah Abu Jahal yang memang jelas menentang dakwah nabi saw.

    Adakah Abu Jahal itu contoh/idola tuan YDP?

    Begitu juga budaya menyambut hari kelahiran (birthday) ini sememangnya menjadi sebahagian dari cara hidup orang Keristian (kafir).

    Adakah orang Keristian juga itu contoh/idola tuan YDP?

    Sekian.

    ReplyDelete