Saturday, March 13, 2010

FATWA PENIKAHAN SYED DAN SHARIFAH

Soalan:
Seorang gadis yang berketurunan 'Sayyid' hendak berkahwin dengan seorang lelaki Melayu yang bukan berketurunan 'Sayyid', telah di halang oleh walinya dengan alasan tidak kufu'( bukan seketurunan). Wali gadis itu juga telah memberi keterangan kepada Qadhi dan keluarga lelaki Melayu itu. Ia tidak mahu mewalikan anak gadisnya itu untuk di'aqad nikahkan dengan lelaki itu dengan alasan yang serupa di atas.

Persoalannya :

a) Bolehkah di pegang dengan alasan bapa gadis itu?

b) Adakah boleh di pakai pada masa ini tentang masalah kufu?

c) Dengan alasan di atas, bolehkah di katakan wali 'Adhal?

d) Apakah hukumnya jika di'aqadkan juga mereka di atas? Adakah haram?

e) Sekiranya keturunan Syed tidak boleh di'aqadkan dengan bukan keturunan Syed dengan cara Wali Hakim di sebabkan tidak kufu, adakah terdapat mana-mana dalil yang menegah perkahwinan keturunan Syed dengan bukan keturunan Syed?

f) Apakah maksud hadis "tidak ada perbezaan di antara orang Arab dengan 'Ajam melainkan taqwa?

g) Menurut pandangan Islam dari manakah datangnya keturunan Syed di abad ke - 15 ini?

h) Jika sekiranya perempuan keturunan Syed hendak berkahwin dengan lelaki bukan keturunan Syed, di halang oleh walinya dengan alasan tidak kufu dan pasangan itu lari berkahwin di luar Malaysia setelah mereka di'aqadkan, balik ke Malaysia, adakah sah perkahwinan mereka?

Jawapan:
a) Boleh, kalau benar keturunan Rasulullah s.a.w.

b) Boleh di pakai.

c) Tidak boleh

d) Tidak sah bagi wali hakim meng'aqad nikah mereka kecuali jika tidak di'aqadkan akan membawa kepada perbuatan dan kejadian yang buruk dan tidak di ingini.

e) Ada, rujuk Kitab Majmuk Juzuk yang ke -16 mjs 182-189.

f) Maksud hadis ini tidak boleh dikaitkan dengan hak kufu melainkan wali dan perempuan bersetuju menggugurkan hak kufu.

g) Soalan ini tidak berbangkit dengan masalah yang dikemukakan.

h) Sama seperti jawapan di (d ) di atas.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Pulau Pinang
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Plnang
Penulis/Ulama : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Tarikh Diisu : Mac 1980

No comments:

Post a Comment