Thursday, May 13, 2010
KUNJUNJUNGANWAKIL NAQOBATUL ASYROF JAKARTA KE PERAK SERTA PERBINCANGAN NASAB
Kelihatan di gambar dari kiri: Tn Sy Abu Hasan, Tn Syed Alidien Assegaf(Naqobatul Asyrof), Tn Syed Furgan As Shahab(Pemerhati bebas dari Palembang), Tn Sy Rafeii dan Tn Syed Ahmad Firdaus (tiada dalam gambar Tn Sy Abdullah dan Tn Syed Muda@ Ariffin) di perkarangan makam Tok Tambak sebelum dibaik pulih.
Lawatan Naqobatul Asyrof Jakarta ke Perak pada tanggal 26 Disember 2007
Antara tujuan program ini ialah:
Ziarah Habib - Habib Jamalulail
Ziarah Makam Makam habib-habib Jamalulail
Program menjejak kembali Susur Galur Jamalulail di Negeri Perak dengan panduan Ahli Nasab,Habib Alidin As-Seggaf dari Organisasi Nasab Alawiyin ,Naqobatul Ashraf ,Jakarta
Mejejak Susur Galur Nasab keturunan Jamalulail di Perak
Megenalpasti penempatan keluarga keluarga besar Jamalulail yang berpusat di beberapa tempat di perak seperti Bota Kiri,Parit,Jawang dan Chegar Galah di Kuala Kangsar,Teja di Gopeng Ipoh dan Chenderiang di Tapah,Perak.
Menyambungkan silaturahim keluarga - keluarga Jamalulail di Perak dengan pemberitahuan maklumat dan objektif umum dan khusus penubuhan Persatuan Jamalulail Perak yang akan bergerak secara rasmi dalam masa yang terdekat.
Ahli rombongan
1. Syed Abdullah Jamalulail
2. Syed Abu Hassan Jamalulail
3. Syed Rafei Jamalulail
4. Syed Firdaus Jamalulail
5. Syed Muhajir Jamalulail
6. Habib Alidin As-Seggaf dari Naqobatul Ashraf Jakarta,Indonesia (Pakar Nasab)
7. Habib Furgan Shihab dari Palembang ,Indonesia
Kesimpulan Program dan Cadangan
Melalui semua maklumat-maklumat dan pemerhatian yang di lakukan di dalam Program Ziarah ini ,dapat kita khususkan beberapa perkara yang akan di titik beratkan di dalam Agenda Persatuan Jamalulail Perak (PEJAP)
iaitu,
Hal ehwal Kebajikan Habib Habib Jamalulail Khususnya Warga Emas.Umumnya hal Ehwal Kebajikan seluruh keluarga jamalulail dari segi pendidikan generasi muda,pekerjaan,kesihatan dan taraf hidup dan hala tuju.
Pengemaskinian Rekod Salasilah secara formal dan sistematik yang dimiliki oleh Habib Muda Ariffin dan Habib Adam dan dari semua wakil keluarga keluarga Jamalulail di tempat -tempat yang sudah di kenal pasti
Rujukan,penelitian dan pengkajian menyeluruh oleh Ahli-ahli Lembaga PEJAP( Bahagian Nasab dan keturunan) ke atas semua rekod salasilah yang dimiliki oleh Pihak Muzium Negeri Perak, Pemegang Rekod Salasilah Diraja Perak dari Jabatan Istana Perak.Arkib Negara Kuala Lumpur,Institusi penyelidikan seperti Universiti Malaya dan juga individu untuk tujuan penyelarasan
Pemeliharaan Makam Makam Habib Habib Jamalulail Di Perak yang telah di gazetkan/tidak di gazetkan di bawah Pihak Muzium Perak.
Disediakan oleh: Syed Muhajir Jamalullail
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment