Tuesday, October 13, 2009

JAWAPAN JPN TERHADAP PENGGUNAAN NAMA MEOR

JPN TAK BENAR GUNA NAMA MEOREditor iKDN | 1 Julai 09 10:27pm


Akhbar Harian Metro pada Isnin, 29/06/2009, telah menyiarkan sepucuk surat dari pembacanya bertajuk “ JPN TAK BENAR GUNA NAMA MEOR”. Berikut ialah penjelasan dari Jabatan Pendaftaran Negara.

------------------------------------------------------------------------------------

Ketua Pengarang,
Harian Metro


Tuan/Puan,

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO BERTAJUK ‘JPN TAK BENAR GUNA NAMA MEOR’ BERTARIKH 29/06/2009, ISNIN – M/S: 14A (E-MEL ANDA)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada aduan akhbar oleh Tuan Syed Abdullah bin Syed Osman, Yang Dipertua Persatuan keluarga Jamalulail Perak berkenaan perkara diatas.

2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin mengucapkan terima kasih di atas persoalan yang dikemukakan oleh beliau berkenaan penggunaan nama ‘Meor’ bagi seseorang berketurunan ‘Sharifah’ yang berkahwin dengan orang yang bukan berketurunan ‘Syed’. JPN ingin memaklumkan bahawa prosedur penamaan kanak-kanak semasa pendaftaran kelahiran tidak menggariskan gelaran ‘Meor’ sebagai gelaran keturunan. Oleh yang demikian penggunaan gelaran ‘Meor’ adalah dibenarkan dan boleh digunapakai mengikut mana-mana yang berkaitan.

3. Walaubagaimanapun JPN ingin menegaskan bahawa gelaran ‘Syed’ dan ‘Sharifah’ telah digariskan sebagai gelaran keturunan dan hanya dibenarkan sekiranya ibu atau bapa mewarisi gelaran keturunan tersebut dan mempunyai ikatan pernikahan atau perkahwinan yang sah.

4. Sehubungan dengan itu, sekiranya salah seorang ibu atau bapa mempunyai gelaran ‘Syed’ atau ‘Sharifah’ maka nama kanak-kanak dibenarkan didaftarkan sebagai keturunan ‘Syed’ bagi anak lelaki dan ‘Sharifah’ bagi anak perempuan.


Sekian, terima kasih.


Jainisah Binti Mohd Noor
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Pendaftaran Negara

3 comments:

  1. adakah keterangan ini diguna pakai untuk masa akan datang?

    ReplyDelete
  2. wah...jadi....mngikut perkat 4 :

    4. Sehubungan dengan itu, sekiranya salah seorang ibu atau bapa mempunyai gelaran ‘Syed’ atau ‘Sharifah’ maka nama kanak-kanak dibenarkan didaftarkan sebagai keturunan ‘Syed’ bagi anak lelaki dan ‘Sharifah’ bagi anak perempuan

    ini bermakna seseong ank itu d benarkan d letakkan nama SYED wlaupon ayhnye org biasa shj ???

    ReplyDelete
  3. Adakah Persatuan Keluarga Jamalullai Perak setuju atau terlepas pandang tentang isi Surat bernombor 4. Tentang anak-anak boleh mewarisi nama Syed/Syarifah jika ibu mereka sahaja Sharifah sedangkan bapa tiada nama Syed. Kalau Surat ini diterima pakai 1 Malaysia boleh menimbulkan kecelaruan adat menamakan anak Syed/Sharifah sejak dahulu lagi telah datuk nenek Kita lakukan. Harap Ada usah dibetulkan.

    ReplyDelete