Tuesday, November 3, 2009

TEMURAMAH AJK JAMALULLAIL PERAK BERSAMA TUAN GURU NIK AZIZ

salam semua, berikut adalah hasil rakaman temuramah persatuan dengan Tuan Guru Nik Aziz mengenai ulasan beliau tentang para Syed. syukran



Last edited by karimy at 3-11-2009 11:22 PM

Terjemahan transkrip temuramah dgn TGNA..

TGNA: ketua syed ni nabi muhammad saw, sepatutnya puak2 syed ni lah yg menyokong nabi muhammad saw, tidak mcm sekrg, tapi skrg ni tok syed ada yg sokong umno..lawan pas. jadi ertinya, syed apabila lawan pas...perpercahan berlaku daripada mana? (pihak mana?). berlaku dari pas ke atau yg lawan pas? (umno). pas ni gerakan islam, terang dasar (parti pas) ialah quran dan hadis. betul2 sama mcm nabi nuh as, sebab apa lawan..termasuk tok syed sendiri? tok syed ni sepatutnya sokong, tidak ada sorang pun dari tok syed ni sepatutnya, lawan gerakan islam (pas)...sebab islam ni hak tok nenek dia sendiri, tiba2 tok syed ada yg lawan. ini menunjukkan punca perbalahan bukan dtg dari gerakan islam (pas), tapi dtg dari yg lawan gerakan islam (pas). golongan ini termasuk dia(tok syed).

Sy Azlan: maknanya adakah yg tok guru kata ni, maknanya bukan semualah (tok syed),maknanya hanya dari kalangan...!!

TGNA: yg (saya) nak beritahunya adalah, punca perbalahan ni datg dari org yg lawan gerakan islam (pas), termasuk syed...

Sy Azlan: termasuk syed? bukan semua syed lah...?

TGNA: tak tahulah, kalau syed lawan...maka semualah.

Sy Azlan: sebab apa, dalam harakah pas pun..syed pun ramai jugak

TGNA: ya..di kelantan ni syed semua sokong pas. tapi nak beritahu, punca perpecahan ni bukan datg dari org2 pas..kerana org pas ni sambung kerja(dakwah) tok nenek dia (tok syed)...tok nenek tok syed (nabi muhammad saw)..jadi sepatutnya semua tok syed dlm malaysia ni sokong gerakan tok nenek dia.. (gerakan islam).

Sy Azlan: jadi kesimpulannya, sy nak tahu hal sebenar..sebab kenyataan disini (akhbar)..masalahnya tok guru kata semua tok syed ni pengkhianat?

TGNA: tidak, pengkhianat tu kerana lawan islam..

Sy Azlan: (tok syed) yg melawan lah?

TGNA: yg melawan shj, yg sokong tu tak lah...

Sy Azlan: jadi bukan semua lah?

TGNA: bukan semua..

Sy Azlan: ooo begitu. jadi skrg ni seolah2 gambaran bahwa tok guru kata semua syed ni pengkhianat?

TGNA: tidak semua, mana boleh semuanya pengkhianat. yg sokong gerakan islam ni bukan pengkhianat sebab sokong islam?

Sy Azlan: maknanya, yg mana menentang islam (pas?) ni adalah pengkhianat?

TGNA: ya..pengkhianat. khianat islam samalah khianat tok nenek (nabi muhammad saw) dia sendiri.

Sy Azlan: ya...sy nak dgr yg tu shj, sebabnya skrg ni syed ali cabar semua mana2 syed yg dlm parti pas ni..keluar dari pas. tak masuk umno pun takpa..nak jadi bebas pun takpa. dia (syed ali) kata begitu...

TGNA: dia (syed ali) punya pasal lah (masalah dia)..

Sy Azlan: tak..sebab tok guru kata baka syed ni semua pengkhianat. adakah semua?

TGNA: bukan semua, sy nak beritahunya yg memecah belah ni org yg lawan gerakan islam (pas)..termasuk syed. syed mana? peduli apa, tapi yg sokong islam ni nak kata (dia) memecah belahkan/khianat mcm mana? (sebab dia sokong islam)

Sy Azlan: sebab sy lihat, sy pun malu jugak kerana dikalangan syed pun akhlak tak memcerminkan seperti akhlak rasulullah saw..

TGNA: ia betul..itu yg sy marah..tok nenek mu (tok syed) yg bawa islam, tiba2 kamu lawan

Sy Azlan: jadi begitulah...sebab sy nak lawan, tangkis balik kerana byk fitnah. sy dari dlm persatuan syed jamalullail..jadi sy jawatankuasa persatuan syed jamalullail...dlm tu byk puak umno pun ramai, jadi sy nak tangkis semua ni, mcm mane nak jawap balik persoalan ni. takut fitnah ini tersebar luas. sebab itu skrg ni sy nak jumpa tok guru sendiri dan dapatkan jawapan.

TGNA: ya betul....

2 comments:

  1. Salam,
    Kalau tak silap teman, TGNA ni pun keturunan ahlulbait. Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. salam
    mnegenai TGNA tu kami tidak arif mengenai nasabnya walaubagaimanapun kami ada mendengar dakwaan bahawa nasab beliau bersambung dgn Rasullullah SAW dan ada juga dakwaan yang menyangkal.oleh itu mengiya pun tidak, menafi pun tidak. Allah SWT yang lebih ariff dan maha mengetahui.

    ReplyDelete