salah satu sumbangan besar keluarga Jamalullail Perak ialah dengan wujudnya Undang-Undang 99 Perak yang menjadi dasar perundangan oleh pemerintah Islam di Perak. berikut adalah petikan daripada beberapa individu yang menyelidik tentang dokumen sejarah yang diamalkan sebelum penggunaan British Common Law yang dibawa oleh pihak Inggeris dan diguna pakai di Malaysia.
NAMA BUKU: RINGKASAN SEJARAH PENULISAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA
PENGARANG: ABDUL KADIR BIN HAJI MUHAMMAD
PENERBIT: DBP 1996
MUKASURAT 213
Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan
1. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang terdapat di negeri Perak
merupakan salah satu lagi bentuk penulisan perundangan yang mempunyai
unsur-unsur keIslaman yang dijumpai di Malaysia.
2. Undang-undang ini telah dibawa oleh Syed Hassan ke negeri Perak yang pada
masa itu berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Shah.
3. Undang-undang yang dibawa dari Hadramaut ini besar kemungkinan telah
mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan masyarakat setempat.
4. Bentuk susunan undang-undang ini seakan-akan kandungan kitab al-ihkam fi
tamyiz al-fatawa an al-ahkam wa-al-tasarufat al-adi wa-al-imam karangan
Imam al-Qarafi pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah.
5. Sungguhpun terdapat unsur-unsur lain dalam perundangan itu, maka tidak
dinafikan ia juga mengandungi undang –undang yang bersumberkan
pengajaran Islam.
penyelidik mengaitkan pengaruh kerajaan Abbasiyah dalam dokumen ini.
Undang – undang 99 perak ada unsur mazhab Jafari?
Sebenarnya kita yang bermadzhab Syafie tidak sedar bahawa cara pengebumian mayat yang kita lakukan adalah tidak mengikut Syafie, dan Syafie pula sependapat dengan madzhab Syiah Imamiyyah dalam masalah itu dan berlainan dengan Hanafi, Maliki, dan Hanbali. Begitu juga 'Undang-undang 99 Perak', dan 'bersalam' lelaki-perempuan dengan melapikkan kain di tengah tangan adalah dari madzhab Ja'fari sedangkan Imam Syafie tidak membenarkan berjabat tangan dengan bukan muhrim sekalipun secara berlapik atau beralas
Sumber: http://www.al-huda.net/cari_arkib_arkib.php?id=1
penyelidik ini pula membayangkan pengaruh mazhab Jafari dalm penggubalan undang-undang ini
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Bc Engineering UM,TD 1013 Pembangunan Guru Musleh,Syahadah Perguruan Islam Musleh
Undang-undang 99 Perak : dibawa oleh Maulana Sayyid Hussain. Membuat sedikit perubahan berbanding undang-undang Kanun Melaka. Agak mirip dengan undang-undang karangan Imam Al Qarafi kerajaan Abbasiyyah
Sumber: http://munawwarah.blogdrive.com/comments?id=231
penyelidik ini pula sekali lagi mengaitkan pengaruh kerajaan Abbasiyah
EN. AHMAD ASRI BIN ISMAIL
SEKOLAH MEN. KEB. (F) BESOUT,
35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN
Kerajaan Perak mempunyai "Undang-Undang 99" (berasal dari Parsi dan dikarang oleh Sayid Hassan) yang meliputi pelbagai aspek
It was alleged that the Nine-Nine laws of Perak were merely a private record of a Syed family of Perak, who were for sometime advisors to the Sultan. It is believed that the Ninety-Nine laws of Perak were not solely the work of an Arab scholar, but were , in fact, a compilation of rules by the said Syed, who based his writing on both Malacca law and Islamic law, as transmitted orally as a modified by local custom. According to Winstedt, copies of the Pahang Digests were found generally in the hands of the royalty. It may now be said that the several texts on adat temenggong are based fundamentally on Malacca law.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan:Melayu
pengaruh Parsi juga dikatakan membayangi penggubalan dokumen ini sebagaimana penemuan oleh penyelidik ini.
persoalannya ialah apakah hubungan keluarga Jamalullail Perak dengan latar belakang Kerajaan Abbasiyah , Mazhab Jafari serta pengaruh Parsi terhadap keluarga ini?
No comments:
Post a Comment