Friday, May 14, 2010

SURAT MUZIUM PERAK UNTUK PENYELIDIKAN UNDANG-UNDANG 99 PERAK

Rujukan kami: JMM/MP/146/726/6

Tarikh: 13 Oktober 2008
13 Syawal 1429


PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK MALAYSIA

Tuan,

MAKLUMAT LATAR BELAKANG PENULIS ‘UNDANG-UNDANG 99 NEGERI PERAK’

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Muzium Perak tidak mempunyai banyak maklumat berkenaan latar belakang penulis manuskrip Undang-undang 99 Negeri Perak. Bagaimanapun terdapat beberapa catatan yang menyebut mengenai perkara berkenaan. Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh datang ke Muzium Perak pada bila-bila masa, Buat masa ini perpustakaan Muzium Perak ditutup kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja konservasi bangunan yang sedang dijalankan. Bagaimanapun terdapat sejumlah buku yang sering dijadikan rujukan kepada orang ramai telah ditempatkan di bilik tertentu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai saya En. Badrol Hisham bin Abd Rahman di talian 05-8072057.

3. Terima kasih di atas jemputan ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 19 Oktober 2008 ini. Bagaimanapun saya memohon maaf kerana tidak dapat turut serta disebabkan atas urusan kerja di Port Dickson pada waktu tersebut. Jemputan tersebut amat dihargai.

Kerjasama dan perhatian tuan di dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,


……………………………
(NOR HANISAH BINTI AHMAD)
Kurator Muzium Perak

No comments:

Post a Comment