Tuesday, September 14, 2010

PERUTUSAN HARI RAYA DARIPADA YDP PERSATUAN JAMALULLAIL PERAK MALAYSIA

Elak buat silap lagi, jadikan Melaka pedoman
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
YDP Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia


PERSATUAN Keluarga Jamalullail Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua persatuan atau pertubuhan di Malaysia ini.
Sebagai satu bangsa dan satu negara, orang Melayu ambillah kesempatan bermaaf-maafan dan buanglah segala yang keruh itu jauh-jauh serta ambillah yang jernih agar kita boleh menikmati dan berasa syukur apa yang dilimpahkan dan dikurniakan kepada kita selama ini.

Janganlah terlalu emosi atau termakan hasutan dari luar kerana kebanyakan mereka merasa iri hati melihat kemakmuran dan kejayaan kita dalam serba serbi apa yang kita kerjakan.

Jiran dan kawan dari luar itu kadangkala terasa betapa mewahnya hidup kita walaupun ada di antara mereka itu telah maju dari kita sebenarnya tetapi apabila melihat kita hidup bebas dan berharmoni antara kaum dan lagi murah hati itu pula telah menjadikan mereka tidak senang melihat orang yang senang.

Bersatulah wahai orang Melayu kerana ini sahajalah tanah tumpah kita, hidupnya kita dan matinya kita di sini dan jika berlaku sesuatu dan terbarai di masa itu menangis keluar air mata darah sekali pun tidak berguna lagi.
Ingatlah sejarah apabila Empayar Melaka yang gagah dengan panglima handalannya dengan mudah tersungkur pada tangan Portugis yang mengambil kesempatan hanya membawa askarnya tidak sampai seribu itu dalam tahun 1511 disebabkan orang Melayu di masa itu bercerai-berai dan bergaduh sesama sendiri dan ada yang belot menyokong penceroboh pula di masa itu.

Untuk bangun balik dan dapat berpijak di negara sendiri bukannya mudah kerana generasi kita terpaksa menunggu lebih 500 tahun untuk kembalikan maruah orang Melayu. Jangan hanya beberapa tahun kita sudah menikmati erti kemerdekaan ini sekali lagi kita cuba membuat kesilapan yang sama seperti berlakunya dalam tahun 1511 itu.
Sejarah patut mengajar kita betapa terseksanya datuk nenek kita dahulu ditekan dan dihina serta hidup melarat dan mengemis di tanah air sendiri kerana terjajah terlalu lama oleh kuasa asing.

Kita tidak mahu negara yang kita cintai ini dijajah sekali lagi dan cukuplah derita kita tanggung dulu. Beritahulah kepada semua orang Melayu, yang tua, yang muda dan kepada anak-anak kita agar kita bersatu padu. Janganlah kita mengkhianati bangsa sendiri sekali lagi. Ingat kalau jatuh kali ini mungkin untuk selama-lamanya kita terjajah dan di masa itu tiada lagi air bersih, tiada lagi biasiswa, tiada lagi rendang dan lemang di hari raya dan tiada lagi pakaian cantik serta rumah dan kebun kita.

No comments:

Post a Comment