Thursday, November 4, 2010

Ajaran sesat Ayah Pin mesti disekat hingga ke akar umbi

BERITA HARIAN
Ajaran sesat Ayah Pin mesti disekat hingga ke akar umbi

2010/10/08


LAPORAN dalam akhbar ini semalam menceritakan secara terperinci mengenai kehadiran Ayah Pin memberikan ceramah di Besut, Terengganu.

Tanpa segan silu dan berselindung, beliau dalam ceramah kepada pengikutnya menyatakan bahawa beliau baru saja turun dari langit ketujuh selepas bermesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis. Ajaran sesat ini amat jelas dan tidak boleh berkompromi lagi kerana akibatnya boleh mendatangkan ketidakselesaan umat Islam di negara ini. Kita tidak mahu ajaran syirik kepada Allah SWT ini berkembang bebas tanpa sebarang tindakan sewajarnya. Selepas bertahun-tahun manusia bernama Ayah Pin ini hilang entah ke mana dan tiba-tiba muncul serta mencabar pula pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam bahawa beliau tidak sesat dan tidak melanggar undang-undang negara apabila mendakwa dirinya itu ‘wali’ yang sudah beberapa kali naik ke langit ketujuh.

Apa yang menghairankan mengapa pembawa ajaran sesat ini masih bebas dan seolah-olah tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Sebagai umat Islam kita semua bertanggungjawab untuk membanteras ajaran sesat di negara ini kerana semestinya kita tidak mahu didakwa di akhirat kelak.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL, YDP Persatuan Jamalullail Perak.

2 comments:

  1. salam sembah kepada semua PEWARIS2 Ahlul Bait & PEWARIS2kesultanan diraja melayu..saya dengan
    rasa rendah diri & hati.mempelawa anda semua lawati website: KEMEGA



    yang ikhlas:pahlawan taufan

    emel saya: panjialam2009@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan YDP.

    Merujuk kepada kenyatan YDP di dalam FORUM SABTU (UTUSAN MALAYSIA) bertarikh 12 Februari 2011.

    Tuan YDP,

    Adalah amat dikesali kenyataan tuan YDP berkaitan Maulidur rasul di dalam ruangan forum berkenaan.

    Seperti yang jelas diketahui umum bahawa nabi saw tidak pernah memerintahkan umatnya untuk menyambut hari kelahirannya. Tetapi dalam sejarah islam, manusia yang menyambut dan membuat majlis untuk menyambut kelahiran nabi saw adalah Abu Jahal yang memang jelas menentang dakwah nabi saw.

    Adakah Abu Jahal itu contoh/idola tuan YDP?

    Begitu juga budaya menyambut hari kelahiran (birthday) ini sememangnya menjadi sebahagian dari cara hidup orang Keristian (kafir).

    Adakah orang Keristian juga itu contoh/idola tuan YDP?

    Sekian.

    ReplyDelete