Thursday, November 4, 2010

PERAK PERLUKAN MASJID NEGERI YANG BARU

--------------------------------------------------------------------------------

BERITA HARIANPerak perlu masjid negeri baru
2010/11/03

SAYA berpendapatPerak Darul Ridzuan memerlukan masjid negeri baru kerana masjid sedia ada di Ipoh sudah tidak dapat menampung jemaah apabila solat Jumaat dan pada Aidilfitri atau Aidiladha.

Berbanding masjid negeri lain ia seperti masjid jamek atau masjid daerah kerana di negeri lain, masjid negerinya lebih indah, besar dan moden.

Sudah sampai masanya Perak mempunyai masjid negeri yang baru kerana masjid sekarang kelihatan tidak lagi menarik disebabkan pertama, ia tidak boleh menampung jemaah yang ramai dan penjagaan masjid itu sendiri tidak terurus dengan baik.

Dalam pada itu diharap pada masa akan datang reka ruang solat di masjid dibina tidak terlalu tinggi kedudukannya. Di sesetengah tempat ruang solatnya ditingkat atas yang memerlukan jemaah menaiki tangga dan ini tentu menyukarkan jemaah yang uzur, warga emas dan kanak-kanak.

Disyorkan juga masjid dilengkapi pusat sumber bagi membolehkan jemaah mentelaah kitab agama atau membaca berita yang ada hubung kait dengan dunia islam.

Jemaah dapat meluaskan pengetahuan mengenai Islam di samping memenuhi masa dengan membaca ketika menunggu azan solat berjemaah.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL,
YDP Persatuan Jamalullail Perak.

2 comments:

  1. 3-4 tahun lepas saya ada bawa buku tentang masjid di Oman yang dikirimkan oleh YBhg Dato' Duta masa itu untuk dikirimkan kepada DYMM Tuanku Sultan Perak.

    Diharapkan DYMM Tuanku dapat membina masjid yang baru berdasarkan masjid-masjid cantik di Oman.

    ReplyDelete
  2. Saya Dari jalur raja Abdul rahman(daeman)daeman ialah anak sultan Ismail,sultan Perak ke 25 Dari istri sultan ke3
    Alang teja.jadi macamana kedudukan says.sekian t.kasih

    ReplyDelete