Wednesday, September 29, 2010

LAWATAN KE MAKAM TOK TAMBAK PULAU PISANG PADA 19 SEPTEMBER 2010





kelihatan didalam gambar adalah papan kenyataan mengenai sejarah ringkas Allayarham tok tambak pulau pisang dan kelihatan disamping makam ialah YDP persatuan. hasil pemerhatian, dikesan terdapat rekahan serius ditangga makam yang berkemungkinan asas binaan yang tidak kukuh oleh kerana binaan terebut sudah lama. perhatian sewajarnya perlu di ambil untuk menangani perkara ini. sebarang cadangan dan sumbangan adalah dialu-alukan oleh pihak persatuan.

MAKAM ALLAHYARHAM AL HABEB SYED HUSSEIN AL FARADZ JAMALULLAIL SEBAGAIMANA DI DALAM REKOD BAHAGIAN SEJARAH MUZIUM NEGARA





kelihatan Timbalan YDP Persatuan, Tn. Syed Abu Hassan Jamalullail disamping papan tanda menunjuk arah makam. dirakam juga gambar makam dari dekat dan juga nisan dari batu sungai. harap maaf kerana gambar berkualiti rendah kerana jurugambar rasmi persatuan tidak turut serta dalam lawatan kali ini(Tn. Syed Ahmad Firdaus Jamalullail). sebagaimana didalam rekod kajian pihak Muzium Negara, dipercayai makam Al Habeb Assayid Hussein Al Faradz Jamalullail makamnya lokasinya di Kota Baru, Gopeng Perak.

Tuesday, September 28, 2010

UCAPAN TAKZIAH DARI ASYRAAF MALAYSIA



Salam Takziah dari Persatuan Syed/Sharifah Seluruh Malaysia yang menjadi payung kepada semua persatuan Syed dan Syarifah di negara Malaysia diatas pemergian YM Tuan Syed Ariffin bin Syed Ahmad(Habeb Muda)dan diatas kehilangan besar Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia. Terima kasih kami ucapkan atas ingatan pihak Asyraaf, mohon doakan kesejahteraan roh Allahyarham. amin.

"salam takziah dari warga asyraaf malaysia..."

daripada wakil Asyraaf Malaysia:
Tn. Syed Saiful bin Abdul Aziz Jamalullail
Setiausaha Pusat
Asyraaf Malaysia
Perlis

Thursday, September 23, 2010

DIRUMAH ALLAHYARHAM HABEB MUDA












wakil persatuan dari Kuala Lumpur, Seremban dan Jengka bertolak bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi 19 september 2010 untk menghadiri upacara penkebumian Allahyarham Tuan Hj. Syed Ariffin bin Syed Muda yang dijadualkan pada pukul 11 tengahari.

tepat pukul 11 tengahari, setelah sampai di perkarangan rumah Allahyarham, kami disambut oleh wakil persatuan negeri Perak, Tuan Syed Othman, Tn Syed Sohor dan Tn Syed Ismail. turut serta menyambut kami ialah Tuan Syed Ikhsan Jamalullail iaitu adik kepada Allahyarham Habeb Muda dan juga beliau adalah waled kepada yang dihormati Dr. Syed Omar, Ajk Nasab Persatuan Jamalullail Perak. setibanya kami, dimaklumkan bahawa jenazah telah selamat dikebumikan lebih kurang pada pukul 10.oo pagi.

wakil persatuan kemudian ke tanah perkuburan di Parit untuk menziarah makam Allahyarham Habeb Muda. antara keluarga rapat yang hadir di rumah beliau adalah

1. Syed Abdullah 0162443539
2. Syed Abu Hasan 019337743
3. Syed Sohor 055912125
4. Syed Mustapha 012247010
5. Syed Hisham 0192367742
6. Syed Ikhsan 0195767614
7. Syed Nadziri 0122029133
8. Syed Baijuri 012 3751912
9. Syed Mohd Nasir 0125240595/ 0195560595 (anak kepada arwah Habeb Muda)

TAKZIAH KEPADA KELURGA ALLAHYARHAM YANG MULIA TUAN HAJI SYED ARIFFIN BIN SYED AHMAD (1920 - 2010)



Pada Disember 1920, lahirlah sorang putera yang dinamakan YM Tuan Haji Syed Ariffin bin Syed Ahmad bin Syed Jeladin bin Syed Uda Tapa bin Syed Usoh bin Syed Alwi bin Syed Abu Bakar bin Syed Jalalluddin( Tok Tambak Pulau Pisang) bin Syed Abdul Majid bin Syed Abu Bakar bin Syed Hassan bin Syed Hussein Al Faradz Jamalullail .Beliau mempunyai seramai 12 orang adik beradik iaitu terdiri daripada 7 lelaki dan 5 perempuan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tuan Habeb Muda pada masa mudanya telah ditawarkan untuk menyertai polis dan tentera darat, namun beliau lebih berminat sebagai tentera laut. Maka diusia 19 tahun, pada 20 haribulan disember tahun 1939, telah rasmilah beliau menjadi sebahagian daripada anggota tentera laut yang ketika itu berpengkalan di Neval Base di selatan Pulau Singapura. Nombor tentera beliau ketika itu ialah 862. beliau berpeluang berkhidmat diatas kapal perang HMS Pelanduk dan HMS Vyner Brooke.

Mengimbas kembali kenangan ketika berkhidmat, tidak dapat dilupakan pengalaman ketika terlibat dalam perang dunia kedua menentang tentera kamikaze jepun. Ketika itu 7 kapal perang British yang terbesar telah berlabuh di Singapura untuk mempertahankan Malaya ketika itu termasuklah kapal HMS Prince of Wales dan HMS Rafel. Tuan Hebeb Muda ketika itu telah dipertanggung jawapkan untuk mengendalikan meriam ‘Anti Aircraft Carrier’ di atas kapal HMS Pelanduk dengan berbekalkan 250 biji peluru.

Menceritakan detik cemas ketika itu, pertahanan Malaya telah berjaya ditembus oleh tentera Jepun dengan tenggelamnya kapal-kapal Perang British termasuklah Prince of Wales dan Rafel. Anggota keselamatan yang berpengkalan di Singapura juga telah dihujani oleh peluru sehingga memaksa mereka untuk berundur untuk mencari tempat berlindung. Di darat pula pada masa yang sama, Leftenan Adnan menyabung nyawa cuba mengekang kemaraan Jepun walaupun keadaan sangat getir dimana pihak Jepun telah mengepung pihak keselamatan dari Utara dan Selatan. Tuan Habeb Muda masih teringat ketika itu ketuanya, Kapten Vecus dan anggotanya telah dibom oleh pihak Jepun ditengah laut.

Saat itu, anggota keselamatan yang berundur terpaksa hidup sebagai pelarian untuk mengelak dari dikesan tentera Jepun sehinggalah perang tamat apabila Jepun menyerah kalah. Tuan Habeb Muda bersara dari tentera laut pada tahun 1947 dengan berpangkat ‘Leading Royal Sea Man’ iaitu setaraf dengan Sarjan didalam TLDM sekarang.

Beliau kembali ke kampung halamannya di Parit, Perak. Berbekalkan karisma dan sifat kepimpinan yang ada pada beliau, kepercayaan diletakkan kepada beliau untuk menabur bakti sebagai Ketua Rukun Tetangga, Ketua Kampung Tanjung Aur dan antara pengasas UMNO di Parit Perak. Beliau juga dianugerahkan pingat PJK dan PKP sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas usaha dan pengorbanan beliau. Beliau juga aktif dalam Persatuan Keluarga Jamalullail Perak dimana beliau adalah penasihat persatuan dan menjadi antara tenaga penggerak utamanya. Sumbangan beliau kepada persatuan amat sukar dibayangkan dengan kata – kata dan tidak ternilai dengan wang ringgit. Kegigihan beliau mengumpul data dan merekod salasilah keluarga selama hamper 30 tahun hidupnya menjadikan beliau tempat rujukan kepada seluruh keturunan Jamalullail Perak dari seluruh dunia.

Pada maghrib 18 haribulan September 2010, ketika berusia 90 tahun, semasa umat Islam masih lagi dalam suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri, yang disayangi dan dikasihi, Tuan Habeb Muda telah kembali menemui Allah swt. Hati ini mengharapkan YM Habeb Muda hidup 1000 tahun lagi, namun janji Allah swt itu pasti. Kenangan bersama beliau, nasihat, ilmu dan senda guraunya akan dibawa sampai keakhir hayat. Syukur kapada Allah swt kerana sempat bertemu beliau semasa hayatnya. YM Tuan Syed Ariffin bin Syed Ahmad Jamalullail, sesunguhnya Tuan Habeb adalah permata dan kebanggaan kami. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Sehingga bertemu kembali bersama datuknya,junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Al Fatihah untuk roh Allahyarham

Tuesday, September 14, 2010

PERUTUSAN HARI RAYA DARIPADA YDP PERSATUAN JAMALULLAIL PERAK MALAYSIA

Elak buat silap lagi, jadikan Melaka pedoman
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
YDP Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia


PERSATUAN Keluarga Jamalullail Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua persatuan atau pertubuhan di Malaysia ini.
Sebagai satu bangsa dan satu negara, orang Melayu ambillah kesempatan bermaaf-maafan dan buanglah segala yang keruh itu jauh-jauh serta ambillah yang jernih agar kita boleh menikmati dan berasa syukur apa yang dilimpahkan dan dikurniakan kepada kita selama ini.

Janganlah terlalu emosi atau termakan hasutan dari luar kerana kebanyakan mereka merasa iri hati melihat kemakmuran dan kejayaan kita dalam serba serbi apa yang kita kerjakan.

Jiran dan kawan dari luar itu kadangkala terasa betapa mewahnya hidup kita walaupun ada di antara mereka itu telah maju dari kita sebenarnya tetapi apabila melihat kita hidup bebas dan berharmoni antara kaum dan lagi murah hati itu pula telah menjadikan mereka tidak senang melihat orang yang senang.

Bersatulah wahai orang Melayu kerana ini sahajalah tanah tumpah kita, hidupnya kita dan matinya kita di sini dan jika berlaku sesuatu dan terbarai di masa itu menangis keluar air mata darah sekali pun tidak berguna lagi.
Ingatlah sejarah apabila Empayar Melaka yang gagah dengan panglima handalannya dengan mudah tersungkur pada tangan Portugis yang mengambil kesempatan hanya membawa askarnya tidak sampai seribu itu dalam tahun 1511 disebabkan orang Melayu di masa itu bercerai-berai dan bergaduh sesama sendiri dan ada yang belot menyokong penceroboh pula di masa itu.

Untuk bangun balik dan dapat berpijak di negara sendiri bukannya mudah kerana generasi kita terpaksa menunggu lebih 500 tahun untuk kembalikan maruah orang Melayu. Jangan hanya beberapa tahun kita sudah menikmati erti kemerdekaan ini sekali lagi kita cuba membuat kesilapan yang sama seperti berlakunya dalam tahun 1511 itu.
Sejarah patut mengajar kita betapa terseksanya datuk nenek kita dahulu ditekan dan dihina serta hidup melarat dan mengemis di tanah air sendiri kerana terjajah terlalu lama oleh kuasa asing.

Kita tidak mahu negara yang kita cintai ini dijajah sekali lagi dan cukuplah derita kita tanggung dulu. Beritahulah kepada semua orang Melayu, yang tua, yang muda dan kepada anak-anak kita agar kita bersatu padu. Janganlah kita mengkhianati bangsa sendiri sekali lagi. Ingat kalau jatuh kali ini mungkin untuk selama-lamanya kita terjajah dan di masa itu tiada lagi air bersih, tiada lagi biasiswa, tiada lagi rendang dan lemang di hari raya dan tiada lagi pakaian cantik serta rumah dan kebun kita.