Wednesday, August 18, 2010

NASAB ANAK ANGKAT

Anak angkat - Jangan nasabkan keluarga angkat

ANAK angkat atau anak pungut. Itu hanya sekadar istilah yang diberikan atau digunapakai oleh manusia. Hakikatnya mereka sama seperti manusia lain atau insan ciptaan Allah s.w.t.

Cuma yang membezakannya, ialah mereka dilahirkan bukan daripada ibu keluarga tersebut.

Demikian, menurut pandangan pensyarah di Jabatan al-Quran dan Hadis, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sabri Abdul Rahman, mengulas layanan yang sewajarnya ke atas anak angkat.

Penegasan ini juga kata beliau, berpandukan kenyataan daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak beriman seseorang itu melainkan apabila dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya pada dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menjelaskan hadis di atas lagi, kata Sabri ia membawa pengertian bahawa anak angkat adalah juga insan biasa dan makhluk Allah. Oleh kerana itu, Nabi menjelaskan bahawa anak angkat dengan anak sendiri adalah sama dari segi kasih sayang dan hak-hak tertentu.

Malah dalam soal pengambilan anak angkat daripada perspektif Islam, ujar Sabri, ia adalah amalan yang baik kerana ia melibatkan sikap tolong menolong dan saling membantu sesama manusia.

Pun begitu, tegas beliau, walau bagaimana sayang sekalipun ibu bapa angkat tersebut terhadap anak angkat mereka, terdapat beberapa peraturan di dalam Islam yang mesti dipatuhi.

Di antaranya, hukum-hakam berkaitan masalah nasab atau keturunan, aurat dan pewarisan harta pusaka. Ia melanggar perintah Allah s.w.t. dan merupakan satu pembohongan kepada Allah.

Ikuti panduan dan bimbingan berkaitan anak angkat bersama Sabri yang ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Soalan: Apakah kriteria yang perlu diambil kira oleh seseorang yang berhasrat mengambil anak angkat?

Jawapan: Menerusi pengalaman saya, apabila pasangan itu bercadang mengambil anak angkat, perkara utama yang perlu dilihat ialah memastikan latar belakang keluarga asal anak tersebut.

Contohnya, adakah anak tersebut anak luar nikah, berasal daripada keluarga yang mempunyai penyakit keturunan atau keluarga yang susah kehidupannya.

Aspek latar belakang ini penting supaya dalam masa yang sama, keluarga angkat tersebut dapat membuat persediaan, sama ada dari segi mental dan fizikal. Ini berkemungkinan dibimbangi perlakuan anak tersebut akan mirip kepada latar belakang keluarga kandungnya.

Secara tidak langsung juga, ibu bapa angkat akan lebih mudah mendidik anak tersebut.

Apakah tanggungjawab yang dipikul oleh keluarga angkat sebaik sahaja mengambil anak angkat?

Tanggungjawab pendidikan ke atas anak-anak itu adalah perkara paling utama diterapkan. Pendidikan itu sama seperti kita mendidik anak sendiri, iaitu dari segi ilmu agama, akademik, kemahiran dan sebagainya.

Ia bersesuaian dengan hadis bermaksud: Tidak ada seorang bayi melainkan dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah), maka kedua-dua ibu bapanya yang bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibu bapa yang dimaksudkan dalam hadis tersebut, tidak terbatas kepada ibu bapa kandung tetapi setelah kita mengambil seorang bayi, secara tidak langsung, bayi tersebut berada di bawah tanggungjawab kita mendidiknya.

Kecualilah, sekiranya kita mengambil anak angkat yang sudah dewasa atau sudah baligh, itupun masih menjadi tanggungjawab kita untuk membentuk.

Namun, bagi yang mengambil anak angkat dari peringkat bayi, tanggungjawab keluarga angkat adalah lebih berat sedikit.

Bagaimana pula yang mengambil anak angkat sekadar terikut-ikut dengan saranan ahli keluarga atau orang lain? Ini kerana ramai yang beranggapan, dengan mengambil anak angkat, Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada mereka anak sendiri?

Pengambilan anak angkat seperti ini tidak dilakukan dengan rasa keikhlasan dan sekadar memenuhi kehendak orang lain. Umpamanya, tiada persiapan secukupnya.

Dalam hal ini, suami dan isteri tersebut dikira berdosa. Sungguhpun, tidak diketahui sejauhmana dosa tersebut kerana ia tidak dijelaskan secara khusus, sama ada di dalam hadis mahupun al-Quran.

Tambahan pula, perintah Tuhan yang mengatakan bahawa tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan bukan sekadar kasih sayang kepada anak-anak tetapi banyak aspek lain yang telah disarankan oleh agama Islam dalam hal berkaitan hak kanak-kanak.

Bilakah waktu yang dikatakan sesuai untuk memberitahu kebenaran atau status anak tersebut?

Saya pernah menasihati satu pasangan yang mengambil anak angkat supaya status anak tersebut perlu diberitahu seawal mungkin, agar tidak menjejaskan keharmonian hubungan antara mereka.

Seelok-eloknya selepas mereka berada dalam alam persekolahan rendah, kebenaran ini wajar diberitahu secara berperingkat-peringkat, dan paling utama dengan cara penuh diplomasi serta menggunakan pendekatan yang bijak lagi berhemah.

Ini supaya anak angkat tersebut akan dapat menilai kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga angkat kepada dirinya.

Di samping itu juga, mungkin dia dapat mengetahui kedudukan sebenar mengapa dia diberikan kepada orang lain. Ini juga membantu memperbaiki hubungan dengan keluarga kandung.

Membataskan

Malah bagi anak angkat, tidak kira perempuan atau lelaki, kebaikan di pihak mereka ialah dapat membataskan pergaulan atau aurat mereka dengan ahli keluarga yang lain.

Selain itu, memudahkan urusan perkahwinan (bagi anak angkat perempuan) untuk mencari wali yang sebenar dalam menyelesaikan urusan pernikahan.

Naluri untuk mengenali keluarga kandung itu tidak boleh lari dalam diri setiap anak yang bergelar anak angkat.

Pun begitu, ibu bapa angkat tidak perlu bimbang dan kenalah ber-

sikap terbuka, kerana selagi kita

berlaku baik dan melayan adil kepada anak-anak ini, insya-Allah mereka akan mengingati insan yang membesarkan, memberi didikan dan kasih sayang sehingga mereka dewasa.

Tidak mustahil sesuatu yang buruk boleh berlaku, sekiranya mereka mengetahui tentang kebenaran tersebut apabila dewasa atau apabila hendak berkahwin (bagi yang perempuan).

Kesannya akan lebih buruk kerana banyak tanggapan yang negatif lahir pada diri anak tersebut. Akhirnya, si anak bukan sahaja membenci keluarga kandung tetapi turut melibatkan keluarga angkat, yang selama ini membesarkannya dengan penuh kasih sayang dan sama rata.

Sanggup merahsiakan status anak angkat kerana takut anak tersebut kembali kepada keluarga asal, adalah satu perbuatan yang tidak berapa elok, kerana ia umpama memisahkan kasih sayang dengan ibu, bapa atau keluarganya yang sebenar.

Kalau begitulah tindakan ibu bapa kandung tersebut, tidak mustahil anak tersebut akan lari daripadanya juga akhirnya.

Apakah ada disebutkan di dalam al-Quran atau hadis tentang pahala mereka yang mengambil anak angkat?

Pahalanya memang ada tetapi berapa banyak itu terserah kepada Allah s.w.t. Ini kerana setiap kebajikan yang dibuat memang ada ganjarannya.

Sebagaimana yang termaktub di dalam surah al-Qasas ayat 77 bermaksud: Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.

Kebiasaannya hubungan kasih sayang antara anak-anak dengan ibu bapa diluahkan menerusi pelukan dan ciuman. Bagaimana pula sekiranya anak angkat diperlakukan sama tanpa ada perasaan nafsu sedikitpun?

Hukum aurat tetap berjalan walau seakrab manapun hubungan antara dua beranak ini. Biarpun diketahui bahawa peluk cium itu bukan atas dasar nafsu tetapi lebih kepada kasih ibu bapa kepada anak.

Nafsu atau tak nafsu, macam mana kita hendak menjawab kes-kes sumbang mahram yang banyak berlaku kini.

Walau apapun, kasih sayang tidak boleh dibezakan dengan anak-anak kita. Contohnya dari segi perbelanjaan harian, hendaklah diberikan sama rata ataupun dari segi perhatian dan kasih sayang. Malah hingga kepada soal makanan.

Mengambil anak angkat untuk membantu mengurangkan beban sesebuah keluarga merupakan satu kebajikan yang sangat digalakkan di dalam Islam, tetapi ia perlu dibuat berhati-hati, terutamanya dalam permasalahan nasab. Tolong ustaz jelaskan mengapa anak angkat tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkat?

Ayah dan ibu angkat boleh berkahwin dengan anak angkat mereka. Ini untuk menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hubungan langsung dari segi mahram.

Semua ini dilakukan untuk menyelamatkan keluarga dan mempertahankan kesucian Islam. Sebab itulah, setiap anak angkat mestilah dibinkan atau dibintikan dengan bapa kandungnya. Soal kasihan tidak timbul kerana peraturan tetap peraturan.

Selain itu, anak angkat juga tidak mempunyai sebarang hak dalam mewarisi harta pusaka. Pun begitu, mereka boleh diberikan harta melalui cara lain. Contohnya hibah.

Bagi anak angkat yang diketahui nama bapanya, mestilah diletakkan nama bapa kandungnya. Cuma dalam kes-kes yang tidak diketahui bapanya, maka digunakan nama Abdullah.

Kesan

Banyak kesan mengapa anak angkat ini tidak boleh dinisbahkan kepada bapa angkat. Pertama, harta benda. Kedua, satu-satu keturunan itu ada keistimewaannya yang tertentu. Kalau dia dibinkan kepada orang yang tidak baik, maka ia membawa kesan kepada masa depannya.

Sekiranya anak angkat dibinkan dengan nama bapa angkat, maka hubungan atau aurat mereka dengan adik-beradik daripada keluarga angkat yang pada hakikatnya boleh berkahwin, akan menimbulkan masalah.

Sejarah menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah membezakan antara cucu angkatnya, Usamah bin Zaid dengan cucunya sendiri, Hassan bin Ali.

Rasulullah melayan kedua-dua orang cucunya dengan adil. Baginda meletakkan kedua-duanya di atas pangkuannya. Ini membayangkan betapa kasih dan sayangnya baginda kepada kedua-dua cucunya ini.

Maknanya dari segi kasih sayang, kena diberi sama rata, tidak kiralah sama ada ia anak angkat atau anak sendiri.

Kesukaran dalam proses mendapatkan surat beranak dan urusan tertentu, bolehkah dikira sebagai darurat dan bolehkah dengan sebab kepayahan ini, anak angkat dinasabkan kepada nama bapa angkat?

Kalau sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t. tidak boleh, maka kita mestilah patuh. Perkara darurat dalam hukum fikah membawa maksud perkara yang boleh membawa kecederaan parah, kehilangan anggota. Contohnya, kalau tidak minum arak atau memakai tudung, akan dipotong tangan. Maka dalam situasi ini, ia mesti dituruti. Keadaan ini baru dikira darurat.

Oleh itu di dalam kes memberikan nasab, ia telah ada di dalam ketetapan Allah (al-Ahzab: 5).

Lantaran itu, umat Islam atau mereka yang mengambil anak angkat, sepatutnya akur mengenai soal hukum-hakam yang berkaitan.

Hikmah yang tersirat daripadanya hanya Allah s.w.t. yang mengetahui.

Tuesday, August 10, 2010

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADAN OLEH YANG DI PERTUA

Assalamualaikum,

kedatangan bulan Ramadan ini sudah tentu disambut dengan hati yang gembira dan penuh dengan harapan untuk mendapat keberkatan dan keredaan Ilahi.Kita sama-samalah didalam bulan yang mulia ini memanjatkan kesyukuran dengan banyakkan amalan sebaik mungkin dengan solat sunat dan solat berjemaah serta tidak lupa bersedekah setermampu yang bolih terutama sekali hadiahkan kepada keluarga terdekat yang kurang nasib baik terlebih dahulu.

Jaga pandangan,jaga pendengaran, jaga nafsu amarah,jaga hati berbaik sangkalah dan jaga mulut serta jaga anggota yang lain terutama sekali pemakanan kita hendaklah yang halal,elakkan makanan yang was-was atau beli makanan segera yang lain dan juga ayam yang dipeketkan dipasaraya ditakuti makan bangkai.Begitu juga makanan dlm tin saperti sadin yg diimpot dari thailand dan mee,tauhu,fishball atau kuetiau buatan bukan islam.Selain itu sayuran sebaiknya sayuran kampung dan ikan keli atau patin yang dijual dipasar tani kerana difahamkan sayuran dan ikan dibela ini terdapatnya dibaja dan diberikan makan dengan najis babi.

Utk lebih baik lagi makanlah makanan masak sendiri.Bukan apa bila kita berpuasa ini saluran darah dan bathin kita hendaklah bersih daripada makanan yang tidak halal supaya ibadah kita 'menjadi' kali ini.

Ingat juga berpuasa adalah utk beribadah semata-mata jgnlah terjejas lebih kepada makanan yang lazat dan pembaziran yg akhirnya kecundang disebabkan kekenyangan melampau.Jika bolih iktikaf dimasjid2 10 hari terakhir dan dpt pergi umrah akhir bulan Ramadan lagi baik.

Akhir kata salam Ramadan utk semua semoga kita diberikan petunjuk dengan amalan yang terbaik daripada dulu serta ampun dan maaf saya hulurkan kepada semua.Salam dari saya dan keluarga.( Dekatkan diri anda dengan Allah dan Rasulullah SAW serta Keluarga Baginda kerana bulan Ramadan ini pintu langit 24 jam terbuka luas).

SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL

Monday, August 2, 2010

SEMOGA HABEB FIRDAUS JAMALULLAIL SEGERA SEMBUH


salam semua,

bersama kita doakan agar Tuan Syed Ahmad Firdaus bin Syed Ariffin segera sembuh. beliau telah mengalami kemalangan dengan sebuah van selepas manjalankan ibadat solat Jumaat. diberitakan tulang rusuknya patah. sekarang beliau berada dirumahnya di Rawang.kepada yang mengenalinya, bolehlah ziarah beliau atau hubungi di HP 012 642 4978

Tuesday, June 8, 2010

PERBINCANGAN DAN PERTEMUAN DENGAN WAKIL BADAN NASAB ANTARABANGSA RABITHAH ALAWIYAH, JAKARTA (25-28 JUN 2008) DI SINGAPURA


Perkara: Misi keSingapura atas jemputan khas untuk Habib Muda dari Habib Hassan bin Muhammad bin Salim Al-Attas untuk mendapatkan maklumat yang tepat lagi sahih berhubung dengan Salasilah Jamalullail Perak.

Tempat dan tarikh:Masjid Ba'Alawi Singapura dari 25hb.Jun hingga 27hb. Jun 2008

Rombongan AJK seramai 7 orang terdiri YDP,TYDP dan 4 AJK serta seorang sebagai pegawai pemerhati.


Perbelanjaan: Terlalu terhad walaubagaimanapun ucapan terima kasih kepada penyumbang dari Habib Idrus Jamalullail (Trengganu) sebagai penasihat Persatuan-RM500, Habib Dr. Syed Omar Jamalullail, AJK sumbangkan paspot Habib Muda Jamalullail selaku Penasihat Khas Salasilah Persatuan dan Habib Syakirin Jamalullail RM200. Walaupun tidak mencukupi kerana urusan paspot,tiket dan sebagainya namun Alhamdullillah dengan berkat Keluarga Jamalullail itu sendiri serta berkat Habib Hassan Al-Attas semuanya berjalan lancar saperti dirancangkan (bajet keSingapura akan dibentangkan semasa mesyuarat bulanan nanti)

Penyumbang utama yang terlibat ialah:
1) Al Habib Hassan Al Attas
2) Tuan Dr. Syed Omar Jamalullail
3) Tuan Syed Idrus Jamalullail
4) Tuan Syed Ahmad Shakirin Jamalullail


LAPURAN:7 ahli rombongan bertolak keSingapura pada 24hb.Jun dengan kereta api malam dari KL Sentral dan sampai kestesen Woodland 7.30 pagi terus menaiki 2 buah teksi keMasjid Ba'Alawi.Selepas minum pagi yang disediakan khas untuk rombongan kami ditempatkan kebilik khas 'ala hotel' dalam kawasan masjid itu sendiri lengkap dengan penghawa dingin serta peti sejuk dan TV.

Perjumpaan yang berlangsung pada tanggal 25 – 27 Jun 2008 ini diadakan di Masjid Ba-Alawi, Singapura. Para habaib yang terlibat didalam perjumpaan ini ialah:

1) Habib Hassan Al Attas - Imam Masjid Ba-alawi Singapura
2) Habib Aidrus Al Mashor - wakil Rabithah Alawiyah
3) Habib Ahmad Al Attas - wakil Rabithah Alawiyah
4) Habib Muda Jamalullail - pemegang salasilah Jamaalullail Perak
5) Habib Shohor Jamalullail - pemegang salasilah Jamalullail Perak
6) Habib Othman Jamalullail - pembantu khas Habib Muda
7) Habib Abdullah Jamalullail - Yang Di Pertua Jamalullail Perak
8) Habib Abu Hassan Jamalullail - Tim. YDP Jamalullail Perak
9) Habib Syaifuddin Jamalullail - pegawai khas Jamalullail Perak
10) Habib Rafeii Jamalullail – pegawai khas Jamalullail Perak


Sebelah pagi rehat dan hanya seleas Zuhur perbincangan bermula dibilik khas bersama Habib Hassan Al-Attas serta salah seorang wakil,Habib Aidarus Almashur dari Rabittah Alauwin yang diterbangkan khas dari Jakarta yang telah sampai pada hari yang sama.Pada malamnya ada ceramah olih Habib Hassan Al-Attas sendiri mengenai Nabi Isa A.S.

Seawal pagi selepas sarapan pada keesokan harinya perbincangan dan mengkaji Salasilah Jamalullail Perak diteruskan dan didalam pada itu seorang lagi pakar Salasilah iaitu Pengerusinya sendiri, Habib Ahmad Al-Attas sampai dari Jakarta.

Sebelah malamnya ( setiap malam Jumaat) telah diadakan bacaan Ratib Al-Attas hingga Isyak dan selepas makan malam kami meneruskan perbincangan serta memberikan butiran terutama sekali butiran yang sediakan olih Habib muda secara terperinci untuk rujukan Rabitah kelak.Selain butiran wakil wakil Rabitah meminta segala dokumen apa yang ada dan diperkemaskinikan dan sudah tentu Habib Abu Hassan Jamalullail (TYDP) serta Habib Muda sendiri bertungkus lumus menyediakan salinan semula akan butiran yang ada bukan sahaja hingga lewat malam tetapi hingga keesokan harinya.

Pagi Jumaat Habib hassan sediakan Van Masjid untuk membawa AJK melawat Makam Habib Noh AlHabsyi bersama Habib Ahmad Al-Attas dan syukur dapat pula berbual mesra serta dijamu dengan minuman dalam bilik Imam Masjid Habib Noh itu.(TYDP dan Habib Muda tidak serta sama kerana menyiapkan salinan salasilah yang diperlukan)

Sebelum solat Jumaat Habib Hassan Al-Attas sebelum sesi bergambar beramai-ramai memanggil YDP kebiliknya memberikan nasihat supaya mendapatkan lagi segala maklumat dari apa sahaja yang ada hubungkaitnya dengan sejarah dari Muzium,Perpustakaan dan Pejabat Sultan Perak dan jika perlu mengadap Keluarga DiRaja Perak untuk mendapatkan maklumat yang tepat lagi sahih.Habib Hassan Al-Attas juga pada masa yang sama akan menghubungi Ahli Sejarah dan Nasab dari negara luar untuk mendapatkan malumat.Beliau juga mahu AJK Keluarga Jamalullail Perak mengumpulkan segala cerita berhubungkait dengan kewalian Keramat -keramat Habib Habib Jamalullail Perak yang terdahulu sebagai rujukan.Beliau juga sarankan supaya menjemput Wakil Rabitah ini memberikan ceramah serta melawat kemakam-makam diPerak.

Sebelum berangkat pulang selepas Solat Jumaat kami dihidangkan dengan nasi minyak dan dibekalkan pula berbagai oleh-oleh saperti kitab-kitab agama, sejarah nasab dan Ratib serta 'Mug' istimewa dan sebuah jam tangan Arab kepada setiap peserta dan kami dihantar dengan kereta keStesen Tanjung Pagar dan bertolak balik jam 3.30 ptg serta sampai ke KL Sentral jam 10.30 malam.Ucapan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus serta bersemangat 'JAMALULLAIL' terutama sekali mereka yang pergi keSingapura dan tidak lupa penderma budiman.. -- SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL (ydp)

Monday, June 7, 2010

PENDAFTARAN PERSATUAN


KUNJUNGAN PERSATUAN ASYRAAF KE PERAK




PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK MALAYSIA(JP)
BORANG PERMOHONAN MENJADI AHLI


________________________________________________________________________
A. BUTIR-BUTIR DIRI

1. No. Kad Pengenalan lama :

2. No. Kad Pengenalan Baru :

3. Nama Penuh (Seperti dalam Kad Pengenalan) :

4. Gelaran Qabilah :

5. Jantina :
Lelaki
Perempuan

6. Tarikh Lahir :

7. Tempat Lahir :

8. Alamat Pos (Surat Menyurat) :

9. No. Telefon Rumah / Bimbit :


10. Emel :
-----------------------------------------------------
________________________________________________________________________
B. PENDIDIKAN DAN PEKERJAAN

1. Kelulusan Tertinggi :

RENDAH
MENENGAH
MAKTAB
UNIVERSITI
PONDOK

2. Pekerjaan :

SENDIRI
KERAJAAN
SWASTA

3. Jika Kerja Dengan Kerajaan / Swasta, Nyatakan :

Jawatan :

Nama dan Alamat Majikan :


________________________________________________________________________
C. BUTIR-BUTIR KELUARGA

1. Taraf Perkahwinan :

BUJANG BERKAHWIN JANDA DUDA

2. Nama Suami / Isteri :

3. Pekerjaan Suami / Isteri :

4. Nama Majikan Suami / Isteri :

5. Nama Anak-anak :

Bil Nama ..................................Tarikh Lahir
1
2
3
4
5
6
7
8
9
(Sekiranya tidak mencukupi ruang, sila kembarkan dengan kertas lain)
________________________________________________________________________
D. SOKONGAN

1. Nama Pencadang :


No.Kad Pengenalan :

No. Ahli


.......................................................... Tarikh : .................................



(Tandatangan Pencadang)


2. Nama Penyokong :

No.Kad Pengenalan :

No. Ahli



..........................................................
Tarikh : .................................



(Tandatangan Penyokong)
________________________________________________________________________
E. PENGAKUAN

1. Saya mengaku akan kebenaran dasar JP seperti yang terkandung dalam perlembagaannya dan akan berusaha untuk melaksanakan segala tuntutannya.
2. Saya mengaku menerima PERLEMBAGAAN JP, serta taat kepada KEPIMPINANNYA dan patuh melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan JP dari masa ke semasa.
3. Bersama-sama ini disertakan bayaran sebanyak RM _________untuk :
Yuran Pendaftaran RM 05.00
Yuran Tahunan RM 20.00
Yuran Seumur Hidup RM 200.00
Jumlah







................................................................. Tarikh : .............................................



(Tandatangan Pemohon)

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Permohonan Diterima
Permohonan Dipertimbangkan
Permohonan Ditolak


.....................................................
Tandatangan Setiausaha / Cop Rasmi

Catatan :
....................................................................................................


* Borang Photostat juga diterima