Thursday, May 13, 2010

PERUTUSAN YANG DIPERTUA JAMALULLAIL PERAK

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdullillah akhirnya setelah dicuba kali ketiga untuk menubuhkan Persatuan Keluarga Jamalullail Perak dengan izin Allah jua tercatitlah sejarah dimana keturunan Syed Hussein Al-Faradz bin Sharif Maulana Jamalullail yang berhijrah kePerak pada tahun 1528 itu telah secara rasmi menerima 'watikah' apabila kelulusan daripada Jabatan pendaftaran kita perolehi pada 22hb.Januari 2008 (no.pendaftaran:0068-08-WKL).

Bersyukur apabila Mesyuarat Agung pertama, kedua dan ketiga berjalan dengan lancar dan berjaya sekali setelah kita dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab untuk masa depan terutama sekali bagi mengeratkan lagi silatulrahim seluruh generasi keluarga Jamalullail Perak.Selain daripada itu adalah bertujuan untuk mengembalikan balik hak dan tanggungjawab datuk nenek kita terdahulu didalam mengembangkan syiar Islam turun temurun serta mengamalkan amalan yang baik dan mampu menjaga kehormatan dan nama baik kita serta maruah keluarga Syed dan Sharifah Jamalullail Perak khasnya dan keluarga Ahlul-Bait yang lain amnya dimana ianya mestilah dijadikan sebagai teladan yang patut dicontohi kepada orang ramai.

Rasulullah SAW terlalu cintakan keluarganya (keturunannya) Oleh yang demikian pastikan kita menjaga nama baik keluarga disamping membawa amalan yang dibawa secara tradisi turun temurun saperti ratib dan Selawat dan keluarga Jamalullail sepatutnya tidak meninggalkan Qiamulllail kerana itu adalah amalan khusus Habib Muhammad Jamalullail (Bapa segala keturunan Jamalullail) yang menjadikan 'Sembahyang malam' seolah olah amalan wajibnya dengan berzikir membaca Al-Quran serta bersolat sunat tahajud dan lain lainnya.

Tujuan kita disamping mengeratkan lagi hubungan keluarga seluruh Jamalullail Perak adalah memberikan kesedaran dan juga untuk mengenal kembali hak keluarga saperti apa yang dibolehkan dan tidak dibolehkan umpamanya dalam menerima wang zakat atau sedekah dan juga masalah kufu yang kini kian longgar dipraktikkan oleh keluarga Jamalullail Perak dan yang sedihnya ada yang sampai tidak tahu langsung mengapa nama pangkalnya 'Syed' atau 'Sharifah' dan dari mana asal-usulnya.Selain daripada itu ramai diantara keturunan Jamalullail Perak telah lama merantau dan hanya tahu sejarah silamnya dari keluarga terdahulu serta semenjak itu tidak pernah lagi jejak kePerak lagi kerana sudah hilang punca.Walau apapun tujuan utama kita ialah mengemaskinikan Salasilah kerana rumpun Jamalullail Perak hanya satu sahaja dan apabila sudah siap nanti pastikan setiap keluarga Jamalullail Perak ada menyimpankannya untuk rujukan anak cucu dikemudian hari kelak supaya tidak ada lagi tomahan atau sindiran tajam kedengaran dari luar.

Olih itu adalah tanggungjawab kita semua yang diberikan amanah ini untuk membetulkan apa yang hampir terhakis itu supaya kita kembalikan segala yang tertinggal kerana keluarga Jamalullail Perak adalah ibarat permata yang tidak ternilai harganya yang hanya hilang cahayanya seketika disebabkan disaluti lumpur tetapi apabila ianya digilapkan semula memancarlah sinaran cahayanya semula.

Didalam Persatuan Jamalullail Perak ini gabungan orang lama dengan tenaga muda diperlukan saperti aur dengan tebing terutama sekali dikalangan golongan profesional yang bolih memberikan idea yang bernas disamping dapat membantu sedikit sebanyak tabung persatuan sehingga mampu menjadi kukuh dan berdikari untuk membantu keluarga Jamalullail Perak sapertimana yang disarankan.

Dalam pada itu Persatuan hendaklah menyediakan program tahunannya saperti ceramah berpandukan topik kekeluargaan dan dalam masa yang sama mencari ahli baru diseluruh Perak dan juga negara dan mendapatkan bantuan dana dengan cara mempelbagaikan kegiatan sampingan.Sasaran kita adalah sekurang-kurangnya 500 ahli baru kerana berbagai rancangan sedia menanti apabila Persatuan sudah kukuh dan berjaya.Insya'Allah.

Hormat dari ana
Syed Abdullah Osman Jamalullail
YDP Jamalullail Perak Malaysia

11 comments:

  1. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    ReplyDelete
  2. tuanku syed sirajuddin jamalullail dr keturunan yg sama dlm persatuan ni juga ke?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum....saya pun antara ahli keturunan jamalullail...mak ayah n atok tau la banyak pasal keturunan ni....kertas salasilah keturunan pun ada salinan nya pada ayah saya...tapi tak la lengkap..arwah moyang yang bagi dari kota bahru gopeng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kertas salasilah ada pada puan/cik norashikin?? saya nak tengok boleyh??

      Delete
    2. Assalamualaikum Pn syarifah norashikin..boleh x saya nak tgk salasilah keturunan 2? Sbb ayah saya Dr kota bahru

      Delete
  4. Asmkum w.b.t....sy juga sdg mengkji susur glur kturunan ttg moyang sy yg dktakn berketurunan syed tpi telh menukr gelaran kpda wan sulong...sy ingin mncri ktrunan krana kerp bermimpi dsuruh mncri susur glur kturunan yg berkaitn krbat raja perak......

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Nama saya Hasnizam Abu Kasim berminat ingin tahu salahsilah keluarga nenek sebelah ayah berkait dengan waris dari keturunan Siti Alang Aminah(ehasz.smkpi@gmail.com)

    ReplyDelete
  7. Saya Meor, Keturunan Syed Lembang dari Tanjung Aur Bota Kiri. Anak kepada Sarepah Mardziah binti Syed Junaidin bin Syed Lembang (Allah Yarhamhuma). Masih ada lagi Tok sedara bernama Syed Junid bin Syed Lembang (adik) kepada Syed Junaidin yang menetap di Kg Pulau Pisang Bota Kiri Perak.

    ReplyDelete
  8. Assalam..sy siti zauyah bt syed abu bakar, ayah berasal dr bota kiri perak ingin tahu salah silah keturunan samada termasuk dr keturunan Jamalullail. Cuma dgr secara lisan sj dr saudara mara tp xdpt disahkan dr sumber2 yg sahih. Harap dpt membantu, tkasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tuan Syed/ Puan Sharifah Semua,
    Adakah blog ini masih aktif ?

    ReplyDelete