Saturday, May 15, 2010

TAKZIAH.....

ucapan takziah kepada ahli keluarga diatas pulangnya Habib Ali Al Idrus Batu Pahat menemui Allah swt. harap banyakkan bersabar menempuh dugaan ini. Al fatihah dari kami.

Friday, May 14, 2010

HUBUNGAN KEKELUARGAAN ANTARA JAMALULLAIL PERAK DAN KELUARGA AS SHAHAB, PEMERINTAH SIAK

perhubungan kekeluargaan antaraAs Shahab Siak dan keluarga Jamalullail Perak di eratkan lagi dengan perkahwinan Sharifah Siti Hitam binti As Sayyid Abdul Majid Jamalullail dengan As Sayyid Abdul rahman As Shahab dari siak. Sharifa Siti Hitam adalah saudara perempuan kepada Sayyid Jalaludin Jamalullail atau dikenali sebagai Tok Tambak Pulau Pisang. hasil perkahwinan ini telah melahirkan As Sayyid Usman As Shahab dan seterusnya pemerintah Siak dari keluarga As Shahab. berikut adalah antara catatan salasilah keluarga As Shahab Siak.


1761 - 1766 H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Jalil 'Alam ud-din Ri'ayat Shah ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'l Jalil Rahmad Shah [al-Marhum Bukit], Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Siak Sri Indrapura. b. ca. 1715, as Tengku Rabbi ul-Alam ud-din, eldest son of H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Jalil Rahmad Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Siak Sri Indrapura, by his first wife, the daughter of the Adipati of Batu Kuching, educ. privately. Appointed as Heir Apparent by his father and invested with the title of Yang di-Pertuan Raja Muda. Proclaimed at Pelalawan under the title of Paduka Sri Sultan 'Azim ud-din Shah, 22nd May 1753. Quarrelled with his younger brother who succeeded in expelling him from the state, with Dutch help, 13th August 1755. Wrested the throne from his younger brother, with Dutch help 16th January 1761. Abdicated in favour of his eldest son 1766. m. (first) a commoner. m. (second) Daeng Tiedin, a Bugis lady. m. (third) November 1749, H.H. Daeng Khadija [Tijah], Tengku Ampuan (b. ca. 1717; d. at Siak, ca. 1766), second daughter of Opu Daeng Parani, by his first wife, Encik Fatima binti 'Abdu'l Malik, daughter of Kari 'Abdu'l Malik, Nakhoda Alang, of Siantan. He d. at Sinapalan, 1779 (bur. there), having had issue, two sons and four daughters:
• 1) Y.A.M. Raja Muhammad 'Ali, Yang di-Pertuan Muda, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad 'Ali 'Abdu'l Jalil Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'l Jalil Alam ud-din Ra'ayat Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Siak Sri Indrapura (s/o the first wife)- see below.
• 2) Y.A.M. Raja Akil ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'l Jalil Alam ud-din Ra'ayat Shah (s/o Daeng Khadija). He was k. by the "sea people" of the Bulang Straits, before 1781.
1) Y.A.M. Tengku Badariah binti al-Marhum Sultan 'Abdu'l Jalil Alam ud-din Ra'ayat Shah, Tengku Ampuan. b. after 1750 (d/o Daeng Tiedin). m. 1781, Y.M. Sayyid 'Usman bin 'Abdu'l-Rahman al-Shahab, son of Sayyid 'Abdu'l-Rahman al-Shahab, by his wife Sharifa Siti Hitam binti Sayyid 'Abdu'l-Majid, daughter of Sayyid Jalal ud-din bin Sayyid Mustafa. She had issue, two sons - see below (Banu Shuhab).
• 2) Y.A.M. Tengku Hawa [Awi] binti al-Marhum Sultan 'Abdu'l Jalil Alam ud-din Ra'ayat Shah (d/o Daeng Khadija). m. Syed "Cheg". She had issue:

MAKNA GELARAN MEOR DI PERAK

salah satu pengaruh dan adat Parsi yang masih diguna pakai oleh keluarga Jamalaulail Perak demi untuk mengenal pasti hubungan darah kekeluargaan adalah dengan menggunakan pakai gelaran Meor.

Gelaran Meor adalah asalnya dari perkatan Amir yang bermaksud Putera atau Pemerintah. maka di Perak sejak dahulu lagi, apabila seseorang Sharifah itu bertemu jodoh dengan lelaki tempatan, maka anaknya yang lahir dari perkahwinan itu akan dinamakan Mir (iaitu singkatan perkataan Amir). walaubagaimanapun, oleh kerana lenggok lidah tempatan, gelaran Mir telah bertukar menjadi Meor.

berikut adalah antara amalan serupa yang diamalkan oleh masyarkat Islam lain selain di Perak.


Origin of Meor Surname
Mir
1. Muslim (common in Pakistan, Bangladesh, and India): from a title of Persian origin, a short form of Arabic Amir ‘prince’, ‘commander’.
http://www.ancestry.com/facts/Mir-name-meaning.ashx

The history of our family names

Today most of the members of our family only use the last name Shahdad in their full names. But actually, we have a full family name which has been passed on to us by our ancestors. For example, the full name of Mohammad, one of the younger members of our family, is Qazi Mir Syed Mohammad Shahdad Bukhari. The importance of each name in our full family name is very significant and tells us a lot about our ancerstors and their history.

The surname Bukhari was used by our first ancestor in Kashmir, Mir Mohamed Ali Bukhari. He was not originally from Kashmir and our family tradition believes that he came from cetral asia, specifically from Bukhara in the present day Uzbekistan. Unfortunately very little is known about the history of our family before he arrived in Kashmir. But having this surname links us to our central asian heritage.

While studying the history of Kashmir by Hassan (Gulshan-i-Kashmir), this fact has come to light that in Kashmir there are two uses of the surname Mir, either before or after a person's name. Whenever the surname Mir occurs at the head of a name like Mir Mohamed Amin Mantaqi, Mir Hassan Mantaqi, etc. it means being a descendent of Prophet Muhammad (peace be upon him) and wherever Mir occurs at the end of a name like Ghani Mir, Maqbool Mir, Samad Mir,etc. it means a title holder of the great family of Mughals, and is a short form of Mirza or Amirzada. In this background Khwaja Mohamed Azam Dedmari, the famous historian of Kashmir, while touching on the reign of Sultan Zainulabidin Budshah has reported that one of the great sons of Moghal dynasty and a great Mughal by the name of Mir Mohamed Ali Bukhari, our first ancestor in Kashmir, had laid the basis of this Mughal dynasty in Kashmir. He came to Kashmir during the reign of Sultan Zainulabidin Budshah as a guest of the king. He was the first ancestor of our family in Kashmir.

http://shahdad.net/familyname.aspx




Mir is a title which is derived from the Arabic title Emir or Amir (Arabic: أمير). It was adopted in many languages under Islamic influence, such as Farsi (مير), Pashto and Urdu, meaning leader of a group or tribe in Iran, Afghanistan and Pakistan.
In Iran, Mir has also been formally used as a high title of nobility and honor. This title is also used widely in Afghanistan, Pakistan, and several other countries of Asia.

Amongst Muslims, it has become an interchangeable synonym of Sayyid (or Syed), meaning "relative of prophet Muhammad".

http://en.wikipedia.org/wiki/Mir_%28title%29


6. Syyeds

To quote Hassan the Syyidis came to Kashmir during the time of Sultans either on account of the turmoil created by Timur's invasions or through the enticement of the local Sultans. They are regarded the most respected class owning to their descent from the Prophet. They have maintained their identity by continuing the profession of 'Pir Muridi'. In the past, anybody who would adopt a different trade or profession would no longer claim to be a Sayed. But nowadays almost all the Sayeds have opted for secular jobs and hold very attractive and lucrative administrative posts.. Hassan located eight categories of Sayeds of superior rank: and position. They are (1) Qadiri (2) Nagashbandi (3) Andrabi (4) Mantaqi (5) Dehbidt (6) Dawariki (7) Hamdani (8) Other Syyids who are the follower of the Syyids who had settled down in Kashmir. Some of them. attend to. farming also. Census report of 1911 states that the titular nomenclature of the Syyed is 'Mir' and curiously enough the epithet 'Mir' changes its significance just as it is used either as an affix or prefix: to the name of a Syyed. A Syyed's position whether he is a priest or a layman, is determined according the word 'Mir' standing before or after his name. They are, further subdivided in the following classes viz., those (a), who practise 'Pirmuridi' the spiritual intution to disciples and b) who have taken to agriculture.

7. Mughals

They came to Kashmir, during the rule of Sultans,. from Khurasan and Turkistan, and settled permanently here. They are not a numerous body in Kashmir. They have lost all the traces of their descent by intermarrying with the ordinary Muslims of Kashmir. Their surnames are Mir, Beg, Bandi, Bach and Ashai.
Mir: This is a corrupted form of Mirxa (Mir plus: Zada). The title Mir was common among the Syyids, and Mughals. According to Hassan the Syyeds prefix the word 'Mir' to their names e.g., Mir Mubarak and Mir Maqbool, whereas the Mughals use it as suffix to their names. (viz., Aziz Mir, Gaffar Mir etc.) However, out of respect and reverence some Mughals would be called Mir as prefix, like Mir Ghulam Qadir. However Mr. Lawrence gives us another version of the 'Mir' as a surname. He says, "Mir is the Kram name of the Sayads. While he retains his saintly profession the Mir is prefixed to his name".

http://www.koausa.org/sociology/e.html

SURAT MUZIUM PERAK UNTUK PENYELIDIKAN UNDANG-UNDANG 99 PERAK

Rujukan kami: JMM/MP/146/726/6

Tarikh: 13 Oktober 2008
13 Syawal 1429


PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK MALAYSIA

Tuan,

MAKLUMAT LATAR BELAKANG PENULIS ‘UNDANG-UNDANG 99 NEGERI PERAK’

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Muzium Perak tidak mempunyai banyak maklumat berkenaan latar belakang penulis manuskrip Undang-undang 99 Negeri Perak. Bagaimanapun terdapat beberapa catatan yang menyebut mengenai perkara berkenaan. Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh datang ke Muzium Perak pada bila-bila masa, Buat masa ini perpustakaan Muzium Perak ditutup kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja konservasi bangunan yang sedang dijalankan. Bagaimanapun terdapat sejumlah buku yang sering dijadikan rujukan kepada orang ramai telah ditempatkan di bilik tertentu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai saya En. Badrol Hisham bin Abd Rahman di talian 05-8072057.

3. Terima kasih di atas jemputan ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 19 Oktober 2008 ini. Bagaimanapun saya memohon maaf kerana tidak dapat turut serta disebabkan atas urusan kerja di Port Dickson pada waktu tersebut. Jemputan tersebut amat dihargai.

Kerjasama dan perhatian tuan di dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,


……………………………
(NOR HANISAH BINTI AHMAD)
Kurator Muzium Perak

UNDANG-UNDANG 99 PERAK DAN JAMALULLAIL PERAK

salah satu sumbangan besar keluarga Jamalullail Perak ialah dengan wujudnya Undang-Undang 99 Perak yang menjadi dasar perundangan oleh pemerintah Islam di Perak. berikut adalah petikan daripada beberapa individu yang menyelidik tentang dokumen sejarah yang diamalkan sebelum penggunaan British Common Law yang dibawa oleh pihak Inggeris dan diguna pakai di Malaysia.

NAMA BUKU: RINGKASAN SEJARAH PENULISAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA
PENGARANG: ABDUL KADIR BIN HAJI MUHAMMAD
PENERBIT: DBP 1996
MUKASURAT 213

Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan
1. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang terdapat di negeri Perak
merupakan salah satu lagi bentuk penulisan perundangan yang mempunyai
unsur-unsur keIslaman yang dijumpai di Malaysia.
2. Undang-undang ini telah dibawa oleh Syed Hassan ke negeri Perak yang pada
masa itu berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Shah.
3. Undang-undang yang dibawa dari Hadramaut ini besar kemungkinan telah
mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan masyarakat setempat.
4. Bentuk susunan undang-undang ini seakan-akan kandungan kitab al-ihkam fi
tamyiz al-fatawa an al-ahkam wa-al-tasarufat al-adi wa-al-imam karangan
Imam al-Qarafi pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah.
5. Sungguhpun terdapat unsur-unsur lain dalam perundangan itu, maka tidak
dinafikan ia juga mengandungi undang –undang yang bersumberkan
pengajaran Islam.

penyelidik mengaitkan pengaruh kerajaan Abbasiyah dalam dokumen ini.

Undang – undang 99 perak ada unsur mazhab Jafari?

Sebenarnya kita yang bermadzhab Syafie tidak sedar bahawa cara pengebumian mayat yang kita lakukan adalah tidak mengikut Syafie, dan Syafie pula sependapat dengan madzhab Syiah Imamiyyah dalam masalah itu dan berlainan dengan Hanafi, Maliki, dan Hanbali. Begitu juga 'Undang-undang 99 Perak', dan 'bersalam' lelaki-perempuan dengan melapikkan kain di tengah tangan adalah dari madzhab Ja'fari sedangkan Imam Syafie tidak membenarkan berjabat tangan dengan bukan muhrim sekalipun secara berlapik atau beralas

Sumber: http://www.al-huda.net/cari_arkib_arkib.php?id=1

penyelidik ini pula membayangkan pengaruh mazhab Jafari dalm penggubalan undang-undang ini


Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Bc Engineering UM,TD 1013 Pembangunan Guru Musleh,Syahadah Perguruan Islam Musleh


Undang-undang 99 Perak : dibawa oleh Maulana Sayyid Hussain. Membuat sedikit perubahan berbanding undang-undang Kanun Melaka. Agak mirip dengan undang-undang karangan Imam Al Qarafi kerajaan Abbasiyyah

Sumber: http://munawwarah.blogdrive.com/comments?id=231

penyelidik ini pula sekali lagi mengaitkan pengaruh kerajaan Abbasiyah


EN. AHMAD ASRI BIN ISMAIL
SEKOLAH MEN. KEB. (F) BESOUT,
35600 SUNGKAI,
PERAK DARUL RIDZUAN



Kerajaan Perak mempunyai "Undang-Undang 99" (berasal dari Parsi dan dikarang oleh Sayid Hassan) yang meliputi pelbagai aspek

It was alleged that the Nine-Nine laws of Perak were merely a private record of a Syed family of Perak, who were for sometime advisors to the Sultan. It is believed that the Ninety-Nine laws of Perak were not solely the work of an Arab scholar, but were , in fact, a compilation of rules by the said Syed, who based his writing on both Malacca law and Islamic law, as transmitted orally as a modified by local custom. According to Winstedt, copies of the Pahang Digests were found generally in the hands of the royalty. It may now be said that the several texts on adat temenggong are based fundamentally on Malacca law.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan:Melayu

pengaruh Parsi juga dikatakan membayangi penggubalan dokumen ini sebagaimana penemuan oleh penyelidik ini.

persoalannya ialah apakah hubungan keluarga Jamalullail Perak dengan latar belakang Kerajaan Abbasiyah , Mazhab Jafari serta pengaruh Parsi terhadap keluarga ini?

Thursday, May 13, 2010

PERUTUSAN YANG DIPERTUA JAMALULLAIL PERAK

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdullillah akhirnya setelah dicuba kali ketiga untuk menubuhkan Persatuan Keluarga Jamalullail Perak dengan izin Allah jua tercatitlah sejarah dimana keturunan Syed Hussein Al-Faradz bin Sharif Maulana Jamalullail yang berhijrah kePerak pada tahun 1528 itu telah secara rasmi menerima 'watikah' apabila kelulusan daripada Jabatan pendaftaran kita perolehi pada 22hb.Januari 2008 (no.pendaftaran:0068-08-WKL).

Bersyukur apabila Mesyuarat Agung pertama, kedua dan ketiga berjalan dengan lancar dan berjaya sekali setelah kita dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab untuk masa depan terutama sekali bagi mengeratkan lagi silatulrahim seluruh generasi keluarga Jamalullail Perak.Selain daripada itu adalah bertujuan untuk mengembalikan balik hak dan tanggungjawab datuk nenek kita terdahulu didalam mengembangkan syiar Islam turun temurun serta mengamalkan amalan yang baik dan mampu menjaga kehormatan dan nama baik kita serta maruah keluarga Syed dan Sharifah Jamalullail Perak khasnya dan keluarga Ahlul-Bait yang lain amnya dimana ianya mestilah dijadikan sebagai teladan yang patut dicontohi kepada orang ramai.

Rasulullah SAW terlalu cintakan keluarganya (keturunannya) Oleh yang demikian pastikan kita menjaga nama baik keluarga disamping membawa amalan yang dibawa secara tradisi turun temurun saperti ratib dan Selawat dan keluarga Jamalullail sepatutnya tidak meninggalkan Qiamulllail kerana itu adalah amalan khusus Habib Muhammad Jamalullail (Bapa segala keturunan Jamalullail) yang menjadikan 'Sembahyang malam' seolah olah amalan wajibnya dengan berzikir membaca Al-Quran serta bersolat sunat tahajud dan lain lainnya.

Tujuan kita disamping mengeratkan lagi hubungan keluarga seluruh Jamalullail Perak adalah memberikan kesedaran dan juga untuk mengenal kembali hak keluarga saperti apa yang dibolehkan dan tidak dibolehkan umpamanya dalam menerima wang zakat atau sedekah dan juga masalah kufu yang kini kian longgar dipraktikkan oleh keluarga Jamalullail Perak dan yang sedihnya ada yang sampai tidak tahu langsung mengapa nama pangkalnya 'Syed' atau 'Sharifah' dan dari mana asal-usulnya.Selain daripada itu ramai diantara keturunan Jamalullail Perak telah lama merantau dan hanya tahu sejarah silamnya dari keluarga terdahulu serta semenjak itu tidak pernah lagi jejak kePerak lagi kerana sudah hilang punca.Walau apapun tujuan utama kita ialah mengemaskinikan Salasilah kerana rumpun Jamalullail Perak hanya satu sahaja dan apabila sudah siap nanti pastikan setiap keluarga Jamalullail Perak ada menyimpankannya untuk rujukan anak cucu dikemudian hari kelak supaya tidak ada lagi tomahan atau sindiran tajam kedengaran dari luar.

Olih itu adalah tanggungjawab kita semua yang diberikan amanah ini untuk membetulkan apa yang hampir terhakis itu supaya kita kembalikan segala yang tertinggal kerana keluarga Jamalullail Perak adalah ibarat permata yang tidak ternilai harganya yang hanya hilang cahayanya seketika disebabkan disaluti lumpur tetapi apabila ianya digilapkan semula memancarlah sinaran cahayanya semula.

Didalam Persatuan Jamalullail Perak ini gabungan orang lama dengan tenaga muda diperlukan saperti aur dengan tebing terutama sekali dikalangan golongan profesional yang bolih memberikan idea yang bernas disamping dapat membantu sedikit sebanyak tabung persatuan sehingga mampu menjadi kukuh dan berdikari untuk membantu keluarga Jamalullail Perak sapertimana yang disarankan.

Dalam pada itu Persatuan hendaklah menyediakan program tahunannya saperti ceramah berpandukan topik kekeluargaan dan dalam masa yang sama mencari ahli baru diseluruh Perak dan juga negara dan mendapatkan bantuan dana dengan cara mempelbagaikan kegiatan sampingan.Sasaran kita adalah sekurang-kurangnya 500 ahli baru kerana berbagai rancangan sedia menanti apabila Persatuan sudah kukuh dan berjaya.Insya'Allah.

Hormat dari ana
Syed Abdullah Osman Jamalullail
YDP Jamalullail Perak Malaysia

KUNJUNJUNGANWAKIL NAQOBATUL ASYROF JAKARTA KE PERAK SERTA PERBINCANGAN NASAB



Kelihatan di gambar dari kiri: Tn Sy Abu Hasan, Tn Syed Alidien Assegaf(Naqobatul Asyrof), Tn Syed Furgan As Shahab(Pemerhati bebas dari Palembang), Tn Sy Rafeii dan Tn Syed Ahmad Firdaus (tiada dalam gambar Tn Sy Abdullah dan Tn Syed Muda@ Ariffin) di perkarangan makam Tok Tambak sebelum dibaik pulih.

Lawatan Naqobatul Asyrof Jakarta ke Perak pada tanggal 26 Disember 2007

Antara tujuan program ini ialah:

 Ziarah Habib - Habib Jamalulail

 Ziarah Makam Makam habib-habib Jamalulail


 Program menjejak kembali Susur Galur Jamalulail di Negeri Perak dengan panduan Ahli Nasab,Habib Alidin As-Seggaf dari Organisasi Nasab Alawiyin ,Naqobatul Ashraf ,Jakarta

 Mejejak Susur Galur Nasab keturunan Jamalulail di Perak


 Megenalpasti penempatan keluarga keluarga besar Jamalulail yang berpusat di beberapa tempat di perak seperti Bota Kiri,Parit,Jawang dan Chegar Galah di Kuala Kangsar,Teja di Gopeng Ipoh dan Chenderiang di Tapah,Perak.

 Menyambungkan silaturahim keluarga - keluarga Jamalulail di Perak dengan pemberitahuan maklumat dan objektif umum dan khusus penubuhan Persatuan Jamalulail Perak yang akan bergerak secara rasmi dalam masa yang terdekat.

Ahli rombongan
1. Syed Abdullah Jamalulail
2. Syed Abu Hassan Jamalulail
3. Syed Rafei Jamalulail
4. Syed Firdaus Jamalulail
5. Syed Muhajir Jamalulail
6. Habib Alidin As-Seggaf dari Naqobatul Ashraf Jakarta,Indonesia (Pakar Nasab)
7. Habib Furgan Shihab dari Palembang ,Indonesia

Kesimpulan Program dan Cadangan

Melalui semua maklumat-maklumat dan pemerhatian yang di lakukan di dalam Program Ziarah ini ,dapat kita khususkan beberapa perkara yang akan di titik beratkan di dalam Agenda Persatuan Jamalulail Perak (PEJAP)
iaitu,

 Hal ehwal Kebajikan Habib Habib Jamalulail Khususnya Warga Emas.Umumnya hal Ehwal Kebajikan seluruh keluarga jamalulail dari segi pendidikan generasi muda,pekerjaan,kesihatan dan taraf hidup dan hala tuju.

 Pengemaskinian Rekod Salasilah secara formal dan sistematik yang dimiliki oleh Habib Muda Ariffin dan Habib Adam dan dari semua wakil keluarga keluarga Jamalulail di tempat -tempat yang sudah di kenal pasti


 Rujukan,penelitian dan pengkajian menyeluruh oleh Ahli-ahli Lembaga PEJAP( Bahagian Nasab dan keturunan) ke atas semua rekod salasilah yang dimiliki oleh Pihak Muzium Negeri Perak, Pemegang Rekod Salasilah Diraja Perak dari Jabatan Istana Perak.Arkib Negara Kuala Lumpur,Institusi penyelidikan seperti Universiti Malaya dan juga individu untuk tujuan penyelarasan

 Pemeliharaan Makam Makam Habib Habib Jamalulail Di Perak yang telah di gazetkan/tidak di gazetkan di bawah Pihak Muzium Perak.

Disediakan oleh: Syed Muhajir Jamalullail

NASAB WALI SEMBILAN (SONGO)

SALASILAH ULAMA' ISLAM TERDAHULU